Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

27 April 2009

Filem BOHSIA : Suatu lagi Pembaziran Duit dan Penggalakan Maksiat


Seperti malam2 kebiasaannya, saya menganggap waktu sekarang ( 12.22 a.m ) seperti pukul 8 malam. Mata tak mengantuk, badan saja yang lesu. Elok dimanfaatkan untuk ‘menjelajah’ dunia. Jari berlari laju di keyboard. Menulis artikel. Menjawab komen. Membaca pelbagai isu dan berita politik. Yang pasti , aku mahu ke hadapan dalam semua isu.

Bukan hanya isu politik, masalah ummat yang semakin parah turut diterokai. Berfikir masalah ummat sebagai seorang da’ie jauh berbeza dengan Dato’ Najib yang turun ke Masjid Jamek dan Puduraya untuk melihat masalah ummat malaysia. Itu tindakan populis, tindakan meraih pandangan orang. Tidak perlu turun sedemikian, tidak perlu buat apa2 lawatan mengejut ( kononnya ) sebaliknya cuba teliti dan kaji masalah2 ummat yang kian meruncing dan membarah dalam masyarakat ISLAM di Malaysia.

Ini satu lagi filem baru bakal ‘melaknat’ pawagam ( sudah pasti diluluskan kerajaan Dato’ Najib ).Filem dengan tajuk yang paling tidak senonoh- BOHSIA. Seperti filem2 sebelumnya , umpama Anak Halal, Remp-It dan ntah apa2 lagi filem meLAYU ISLAM , filem BOHSIA ini juga membawa ‘rentak’ dan ‘cover line’ yang lebih kurang sama sahaja. Katanya ada mesej, katanya untuk kesedaran dan sebagainya.

Hakikatnya masyarakat ISLAM di Malaysia bukanlah buta. Bukanlah bodoh. Bukanlah pak Pandir. Antara buktinya ialah bilamana masyarakat Malaysia tidak lagi mahu menerima Umno dan Barisan Nasional. Banyak sebabnya. Tak larat nak diceritakan di sini. Tapi apa yang saya lampirkan ini juga adalah antara sebab2nya yang mungkin kita tak tahu.

Tergerak hati untuk melihat ‘rentak’ generasi muda di Malaysia tika ini. Kita boleh membaca pemikiran mereka, pendirian mereka. Justeru saya mengambil sedikit masa untuk melawat web2 yang menyiarkan cerita artis dan filem. Di bawah tajuk Filem Bohsia, saya temui beratus2 komen anak muda kita tentang filem2 sebegini.

Jujur saya katakan, saya cukup tak sangka dan agak bangga. Mereka2 ini sebenarnya ada ‘jiwa Islam’ cuma selama ini digelapkan mata hati oleh KERAjaan. Anda bacalah sendiri sedutan komen2 mereka, yang saya lampirkan tanpa ditapis. Memang ilmu agama mereka agak lemah, tapi pendirian mereka ada. Sehingga tiada seorang pun mengatakan bahawa filem2 seperti BOHSIA, ANAK HALAL, REMPIT dan sebagainya adalah filem yang baik. Begitu juga dengan adegan2 sumbang di dalamnya. Terlebih dahulu mohon maaf atas bahasa2 mereka. Ini buktinya :

***************************************************************

army_gurlz

14 April, 2009, 21:48

giler tul…. nabila kan da nikah….. wlupon berlakon je….. tp tu buka alsan beb….. suami nabila lak…., tak rasa bara ke tgk istri berkemban pan ramai org(bukan dpn syamsul je…., krew2 lg…..

M!ssinG GurL Reply:
April 14th, 2009 at 10:55 pm

kalo xslp mse shoot cte nie die lom nikah lg…

mizz cemong Reply:
April 15th, 2009 at 10:01 am

tp skang kan da jd isteri org… mak mentua dia tak kisah ke tgk menantu dia camtu… aduhhh… cian mak mentua dia…..

MISS CAPRIC Reply:
April 15th, 2009 at 10:06 am

cian gak kat laki dia… tp tengok skrg ni dia nmpk mcm dah byk berubah. Manusiakannn…. kesilapan tu tak leh nak lari. Tp bila dah sampai waktu dia berubah utk menjadi baik.. insyallah, allah akan buka jalan utk dia.. dan kita2 semua.

Womanizer Reply:
April 15th, 2009 at 2:27 pm

bkn krew2 jew mata dorang menjamah tubuh nabila, tp rakyat msia sume yg bkl tgk cter nie…..huhu

pencegah maksiat

14 April, 2009, 23:41

Haji Amy,tlng lh ubah anak ko tu..
jgn nk msk surga sorg2 je…

zubir Reply:
April 15th, 2009 at 3:05 am

kau nie nama id pencegah masiat tapi tak tau hukum ke???nabila tu dah kawen..tanggungjawab amy mendidik dia dah habis…apa apa hal laki dia yg tanggung….camne kau nak cegah maksiat??bagi nasihat pun kat salah orang!

toyol KECIK Reply:
April 15th, 2009 at 7:48 am

betul tu..paling penting, waima sekalipun dia anak dara atau isteri orang, dosa itu tetap sebahagian miliknya,,kemudia suami dia dapat sharing sama. bukan salah ibubapa…tapi salah diri sendiri yang terlalu mengikut perasaan dan hati semata-mata kerana mengejar nikmat dunia yang sementara..

kirana

15 April, 2009, 10:29

slh 1 sbb y aku xbape bekenan tgk cite mlyu..y mesti bukak bnd2 yg spatutnye dttp..omputih 2 len la,dh mmg 2 pesen hdp dorg..nape nk ikt bnd yg xelok?..wajib ke scence 2 xpakai bj(even nabila pakai yg dlmnye)…ntah la.mgkn aku bkn org seni so aku xpandai bnd2 mcm ni…tp klu nk nmpk real pn nape de scence tdr pn muke conteng2 dgn mekap?..kekdg sembahyang pn pakai lipstik…

MISS CAPRIC

15 April, 2009, 11:10

byk le mat-mat rempit angkut bohsia nak tengok citer ni.. kalau dah story mcm ni nak tngok dpn mak bapak n ank2 buah yg kecik2 tu pun segan. Ari tu tngok DiscoWorm kat TGV bwk anak sedara aku yg umur 5 thn. Bila dia terpandang je poster BOHSIA ni dia leh tanya aku bohsia tu amende. Aku jwb le bohsia tu spesis beruk dari planet cam cite planet of the apes. Terbangak-bangak dia ngan jawapan aku tu. Confius sbb kat poster tu takde gambar monyet tp gambar 2 pompuan tengah menoggek bonceng moto. Ha ha ha

NWO Reply:
April 15th, 2009 at 3:54 pm

Bangang betullll.. Org nak banteras gejala2 cmni..
Penerbit2 & pengarah2 bodoh ni lagi nak mengalakkan… Bengonggg..

misymuchy Reply:
April 15th, 2009 at 4:33 pm

haha..lawak lah jwpn ko tu, leh diguna pakai gak..laen kali bbdk tgk orang nenggek ats moto dorang kata tu org planet of apes..hahaha.. padan muka dorang

fiera

15 April, 2009, 16:27

bodo n tolo benar diorang ni bakon..xcian kt laki ke dk kasik jntan len tgok tboh engko ha??blakon drama ckop bek n aku pn ske tp ble bkon filem cam setan lak..2ggu la blsan dnia n akhrat nnt ye..ank yusof aslam pn sma gak..nnt arta engko xkan lndungkan engko dr di telan bumi n dbkar api yg panas cmne adengan engko yg pnas skrg!!!

indifferent

16 April, 2009, 10:14

aku x bekenan la dgn bini org yg x reti jg tingkah laku ni,
laki org yg x reti jg tingkah laku pn aku x bekenan jgk.
alasan belakon sumber rezeki tu x leh pakai, ko belakon2 pilih la watak yg elok, nak buat filem berunsur teladan, tp pelakon dh bukak2 baju bekemban. teladan hape.

len kali pg belaja tinggi2 dulu. pikir dalam2 sblm buat. kawin bukan mainan.
~marah betul ayt aku ni hehe.
~mmg aku marah pun. aku suke pelakon yg profesional, x yah bukak2 dedah2 kt luar n kt dalam filem. tp lakonan menjadik.

girl88

20 April, 2009, 19:09

haiii… nak kiamat da dunia ni.. bertaubatla cepat sebelum pintu taubat da tertutup.. nk ke masuk neraka yg menjulang2 apinya?? ingatkan nabila da kawin , ok cket tp x la plak.. sedih sungguh. yusof haslam da tua, xnk bertaubat ke? umur mcm dia da patut duduk masjid n luangkan bersama famili je. xtakt ke diorg ni?

mangga kuning

15 April, 2009, 8:15

Matlamat tak menghalakan cara

So..siapa sebenarnya yang MENYOKONG filem2 Syaitan sebegini kalau bukan KERAjaan UBN yg meluluskan?

*******************************************************************

p/s : mohon maaf sekali lagi kiranya tindakan saya menyiarkan komen2 sebegini ataupun artikel2 yang ‘lari tajuk’ bagi pandangan sesetengah orang tidak patut dan sebagainya. Tapi hakikat masalah ummat perlu diceritakan,difikirkan,dirisaukan,diambil berat. Jangan tunggu bumi dah bergoncang baru kita nak sedar dan cakap ‘eh bile jadi isu tu?’. Bagi saya, mengambil berat tandanya kita sayang. Bukan sayang pada rupa,watak atau siapa mereka, tapi kerana mereka membawa nama Islam, mereka seAQIDAH dengan kita dan perbuatan mereka yang memalukan bermakna turut memalukan kita semua. Wallahua’lam.

0 comments:

Archive Blog