Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

09 April 2009

ST 3 : Proses Tasmi' , Sabqi dan Muraja'ah


بسم الله الرحمن الرحيم

Oleh : hafizquran

Ramai orang termasuk sahabat2 bertanya tentang sistem hafazan dan murajaah yang baik. Di sini akan saya nyatakan secara umum. Mungkin lain orang lain caranya. Lain pelajar lain gurunya. Justeru anggaplah ini satu perkongsian kecil dari saya untuk perbincangan bersama.

Sistem hafazan dan murajaah saya bahagikan kepada tiga . Pertama dinamakan tasmi’, kedua sabqi dan ketiga muraja’ah. Saya perincikan sebagaimana di bawah.


Tasmi’ :

Merupakan hafazan baru yang akan anda perdengarkan setiap hari kepada guru anda. Tasmi’ juga dikenali dengan nama “ sabaq ”. Ia bermaksud hafazan baru. Hafazan baru adalah bergantung kepada kemampuan dan keupayaan seseorang pelajar. Kebiasaanya adalah satu atau dua muka. Bagi yang mampu mendapatkan dua muka ( sehelai ) untuk setiap hari secara istiqamah, saya golongkan dalam golongan yang excellent. Bagi yang mampu istiqamah semuka saya kira sebagai golongan sederhana dan bagi yang mendapat kurang daripada itu boleh dikelaskan sebagai lemah.


Sabqi :

Merupakan i’adah atau ulangan pada juzu’ yang sedang anda hafaz. Bagi pelajar Darul Quran, seringkali pelik dengan istilah ini apabila saya sebutkan kepada mereka. Teknik ini terkadang tidak popular dan tidak digunakan secara rasmi di sesetengah Maahad Tahfiz. Namun bagi saya ia adalah bahagian yang sangat penting. Contoh mudah untuk anda faham ; sekiranya anda sedang menghafaz juzuk 5 mukasurat ke 8 iaitu helaian yang keempat, maka muka surat 1 sehingga muka surat ke 7 dinamakan sebagai Sabqi. Ia juga dikenali dengan nama “ para sabaq ”.


Muraja’ah :

Merupakan ulangan anda bagi juzuk2 yang telah anda hafaz. Contohnya anda sedang menghafaz juzuk 5, maka juzuk 1 sehingga 4 dinamakan sebagai murajaah. Ia juga dikenali dengan nama “ i’adah ”dan “ manzil ”.


MEMAHAMI KEPENTINGAN TASMI’, SABQI DAN MURAJA’AH

Sebagai seorang penghafaz Al-quran , ketiga2 sistem di atas merupakan perkara wajib yang akan dilalui oleh anda. Justeru, di peringkat permulaan saya nyatakan , adalah teramat penting untuk seorang penghafaz Al-Quran itu memahami sejelas2nya tentang kepentingan setiap sistem tersebut.


Kepentingan Tasmi’ :

Perkara asas yang sedia dimaklumi oleh semua penghafaz Al-Quran. Jika tiada hafazan baru, bagaimana untuk menamatkan hafazan 30 juzu’. Cuma persoalannya adalah sama ada cepat atau lambat, banyak atau sikit dan rajin atau malas.


Bagi saya, kadar yang paling baik adalah sederhana atau pertengahan. Jangan terlalu ghairah untuk tergesa2 dan menghantar tasmi’ dengan begitu banyak. Jangan pula terlalu lembab atau ‘penakut’ dengan menghantar tasmi’ ‘ala kadar’ sahaja.


Manusia sebenarnya diciptakan dengan sifatnya yang sentiasa menyukai benda baru. Sentiasa pula inginkan sesuatu yang baru dan mudah jemu dengan yang lama. Ini tiada kaitan dengan poligami ye ( selingan ). Lumrah dan sifat ini seringkali mendorong seseorang penghafaz Al-Quran itu untuk menambah dan menghantar hafalan barunya sebanyak mungkin. Saya tidak katakan ianya negatif. Mungkin juga ia satu fenomena bersifat positif dan membina. Tetapi saya tekankan, ianya sangat2 negatif bilamana penghafaz Al-Quran itu mula mengabaikan murajaah dan hanya ghairah mengejar hafalan baru. Hasilnya? Semakin banyak dihafaz semakin banyak yang dia lupa.


Kepentingan Sabqi atau Para Sabaq :

Komponen atau sistem dalam hafazan yang sangat jarang diambil berat dan paling kerap diabaikan oleh sejumlah penghafaz Al-Quran. Antara faktornya ialah
  • Tidak tahu tentangnya
  • Merasakan ianya tidak penting
  • Menyamakan ianya dengan muraja’ah, manzil atau i’adah
Secara peribadi saya nyatakan, Sabqi amat2 penting dan WAJIB diambil berat oleh para penghafaz Al-Quran. Sabqi TIDAK SAMA dengan muraja’ah.Antara faktor kenapa anda gagal mendapat muraja’ah dan i’adah dengan baik adalah disebabkan anda tidak menitikberatkan persoalan Sabqi. Saya menjalani sistem ini dan sangat memberi perhatian kepada ulangan Sabqi saya sehingga tamat menghafaz Al-Quran.


Cuba fikirkan, secara ringkas saya bawakan contoh. Anda biasanya menghafaz atau mendapatkan hafazan baru pada waktu malam sebanyak satu muka, dua muka atau lebih. Biasanya selepas maghrib anda akan fokus untuk hafaz dan sebelum tidur anda telah pun mendapat target yang anda mahukan. Kemudian hafazan tersebut akan di ‘kemas’kan secara rapi selepas subuh sehinggalah anda masuk ke kelas pagi untuk tasmi’. Semestinya perkara pertama bila menghadap guru anda di waktu pagi adalah untuk tasmi’ hafazan baru.


Baik, perhatikan pula kepada minda dan ingatan anda waktu itu. Hanya hafazan baru yang menguasai ingatan. Pastinya waktu sebelum masuk tasmi’, anda benar2 ‘nampak’ susunan ayat2 dalam kepala. Kemudian barulah anda tasmi’ dengan lancar. Adakah selepas tasmi’ semuanya patut berakhir? Jawapannya adalah TIDAK. Tetapi kesilapan yang sering anda lakukan adalah menjawab YA. Semuanya anda akhiri selepas tasmi’.


Kenapa? Kerana anda tidak perlu menghantar Sabqi kepada guru anda. Anda tidak mempunyai ‘paksaan’ untuk itu. Anda akan kembali ke tempat duduk, kemudian mula mengulangi muraja’ah dan i’adah. Sedarkah anda, andainya selepas zohor atau selepas asar anda diminta membacakan ayat2 yang pada sebelah paginya anda dapat tasmi’ dengan lancar dan baik, anda sekali2 TIDAK AKAN dapat membacanya bahkan mengingatinya dengan baik? Semuanya berterabur dan ‘tak nampak’. Sudah saya nyatakan sebabnya, iaitu kelompangan pada Sabqi.


Otak anda boleh dibahagikan kepada tiga. Bahagian depan, tengah dan belakang.
Kenapa paginya anda boleh tasmi’ dengan baik tetapi petangnya apa yang anda tasmi’ pagi tadi telahpun anda lupa? Kerana hafazan pagi tadi hanya berada dibahagian hadapan otak anda, bukan masuk ke tengah jauh sekali ke belakang. Senang kata, hanya “bermain2 di depan pintu masuk”. Bila2 masa sahaja ia akan keluar balik. Bagaimana untuk menjadikan hafazan baru anda itu dapat masuk ke belakang atau sekurang2nya ke tengah?


Caranya adalah, selepas anda tasmi’ yang baru ( samada semuka, dua muka atau lebih ) anda kembali ke tempat duduk, ulang semula hafazan tersebut dan campurkan dengan tasmi’ anda yang semalam , kelmarin sehinggalah ke awal juzu’. Perhatikan ; kiranya anda baru sahaja menghantar tasmi’ mukasurat ke 12 juzuk 6, maka anda perlu ulang balik kesemua 12 mukasurat juzuk 6 itu dan lebih baik kalau anda dapat hantar Sabqi itu untuk disemak oleh ustaz. Saya berani katakan bahawa, SABQI LEBIH SUSAH UNTUK DIULANG BERBANDING MURAJA’AH. Kebiasaannya, tasmi’ semalam dengan kelmarin sudah terbang entah ke mana. Justeru berhati2 dan tolong berikan perhatian sewajarnya pada Sabqi anda.


Kepentingan Muraja’ah atau Manzil atau I’adah :

Sistem ini umumnya diketahui dan diamalkan secara konsisten oleh kebanyakan Maahad Tahfiz. Umumnya semua penghafaz Al-Quran tahu tentangnya dan kepentingan i’adah untuk diri mereka.


Bagi anda yang murajaah anda dikawal oleh guru kelas anda, banyakkan bersyukur meskipun anda rasa tertekan dan sebagainya. Cuma yang bermasalah adalah yang amanah muraja’ah adalah di bahu mereka sendiri. Situasi ini berlaku pada sesetengah Maahad Tahfiz yang tiada sistem murajaah dan juga kepada penghafaz Al-Quran yang telah khatam menghafaz Al-Quran. Mereka2 inilah yang sangat susah mendisiplinkan diri mereka untuk murajaah segala juzuk2 yang telah mereka hafaz. Sudahlah tak masyi, ditambah pula dengan sikap sambil lewa dan malas, akhirnya beban amanah juzuk2 yang dihafaz terabai sebaliknya sibuk mengejar benda2 yang lain.


Nasihat saya, tolong dan tolong, buatlah jadual murajaah untuk diri sendiri secara konsisten dan disiplinkan diri anda dengan jadual tersebut. Malas macam mana sekalipun, pastikan anda ulang sekurang2nya setengah juzuk dengan baik dan benar2 ingat. Anda sendiri tahu betapa pentingnya menjaga muraja’ah.


Saya nyatakan, lebih baik TAK LANCAR daripada TAK INGAT. Jika anda tak lancar tetapi konsisten murajaah, ianya seribu kali lebih baik dari anda tidak murajaah secara konsisten dan akhirnya anda tak ingat. Sebab itu bila ramai yang mengadu kepada saya tentang murajaah mereka, saya tanya samada ‘tak ingat’ atau ‘tak lancar’. Biasanya anda bukan ‘tak ingat’ tapi ‘tak lancar’. Kalau begitu keadaanya, bersabar dan teruskan murajaah secara konsisten. TETAPI sekiranya anda ‘tak ingat’ hafazan2 belakang, anda sebenarnya dalam bahaya.
Buat akhirnya, fikirkan kata2 saya : UNTUK MENG ‘HAFAZ’ MURAJA’AH YANG LAMA BERKALI GANDA LEBIH SUSAH BERBANDING MENGHAFAZ HAFALAN YANG BARU. Fikirkan.

Sekian

NOTE : UPGRADED ON 6 JUN 2011

8 comments:

Anonymous April 13, 2009 at 6:50 PM  

Salamalaik ustaz..Tahniah, ustaz betul-betul memanfaatkan jawatan "laterinfo" dulu untuk berkongsi ke"masyian" ustaz dgn sahabat-sahabiah pembaca. Ana harap usaha yang baik ini dicontohi oleh sahabat-sahabat exDQ yg lain. ok, ana nak tanya ustaz, ttg hukum bg perempuan haid membaca / iadah Al-Quran. Ana masih ingat situasi semasa di DQ dulu, guru tasmi sgt2 syadid sehinggakan iadah pun tdk dibenarkan sms haid. Dan terbaru jg, fatwa dr Majlis mufti jg tdk membenarkan perkara ni. sdgkn ada sebilangan2 guru2 tasmi' yg lain membenarkan situasi ni. apa pandangan ustaz? adakah langsung tiada rukhsah utk kmi? syukran. DQ2004-2007

Anonymous April 21, 2009 at 4:42 PM  

salam...syukran atas perkongsian ilmu yang bermanfaat ini. walaupun saya bukan seorang hafizah tapi saya berminat mengikuti perkembangan cara-cara menghafaz al quran . saya karmila ariyani pelajar tahun akhir ukm. saya baru mengajar kelas ngaji quran untuk pelajar yang berumur atr 4-15.. saya nak tanye ustaz macammana cara yang berkesan untuk mengjar anak murid saya supaya betul sebutan dan tajwid. mintak penjelasan ustaz.- karmilaariyani@yahoo.com.my

Laman Ilhamku April 21, 2009 at 11:05 PM  

salam.
to exDQ 04/07.

pertama skali, maafkan atas kelewatan mnjawab komen dsebabkan batasan waktu. ttg soalan tu, ana rasa agak kerdil utk mnjawab, kerana merasakan yg bertanya lebih arif. lebih senior dari ana.

apapun, ketetapan hukum saya pasti telah sedia dimaklumi. samada tahu dan amal, atau tahu dan cari alasan (biarpun dhaif), atau buat2 tak tahu, saya yakin ustzh sndiri boleh letakkan diri dalam stuasi yg mana.

ttg rukhsah, ia dibolehkan dalam keadaan darurat. cuma yg menjadi persoalan adlh ; dimanakah 'darurat yg membolehkan rukhsah' itu? tekanan muqarar? diploma? pointer atau apa sahaja? jika dinilai itu adalah 'darurat' seterusnya dikira sbg baca quran (tasmi'. iadah ) semasa haid adalah 'rukhsah', maka terpulang. tepuk dada tanya ilmu dan iman.

tidak dinafikan dikalangan shbt2 DQ dan jg pensyarah, isu ini agak 'panas'. ana dulu pun melihat dan memahami serta pernah berbincang dgn ustaz n shbt2, dan pernah juga membuat teguran terbuka kpd sahabiah2 banat dlm satu meeting.

apapun, di sini ana tidak mmberi jawapan secara direct, tidak juga mem'fatwakan' apa2 hukum. cuma boleh difikir dan difahami sewajarnya. syukran.

Laman Ilhamku April 21, 2009 at 11:15 PM  

wslm.
to karmilaariyani

sama2 dan syukran kembali atas ziarah ke teratak kecil ni. amat dialu2kan utk terus mengunjung dan mmberi respon. ahlan wasahlan.

title hafizah tdk penting, yang penting sebarkan dan ajarkan ilmu AlQuran supaya generasi akan datang celik 'baca dan faham' ttg AlQuran.

biasanya pelajar2 seusia 4 tahun sehingga 12 tahun boleh didedahkan dan dilatih dengan sistem pengajian Iqra'. kalau perasan, buku yang kaler pink ( terbaru ) yg dikumpulkan Iqra' 1-6. bagi ana ia sesuai utk pengenalan, kefahaman dan latihtubi mmbaca Al-Quran dan bertajwid.

manakala tahap umur antara 13-15 sewajarnya sudah boleh mmbaca mukaddam atau alQuran. cara melatih tajwid kpd mereka boleh dilakukan berperingkat berpandukan kpd buku2 tajwid ( sbg rujukan ). bermula dari sebutan huruf, makhraj, dengung dan sebagainya.

banyak buku2 tajwid blh dijadikan rujukan. ana syorkan panduan tartil alQuran tulisan ust nik jaafar ( kelantan). wallahua'lam.

karmila April 24, 2009 at 11:32 AM  

terima kasih atas jawapan dan cadangan yang telah diberikan. insyaAllah ana akan dapatkan buku yang ustaz syorkan tu... syukran jazilan..semoga kehidupan ustaz sentiasa dirahmati dan diberkati Allah diatas segala penyampaian ilmu yang ustaz berikan.Ameen..
karmilaariyani..

Muhammad LuqmanHakim B Tamili February 2, 2011 at 1:42 PM  

salam alaik..saya seorg yg dh habis quran tapi sye t'msuk dalam golongan yg ust ckp mengabaikan para saba'..ini krane di maahad tahfiz sye dhulu tdk diterangkn tentng ini dn sbb i2lh yg menyebabkn sye x mengamalkn cre ini..dn akibatnye juzuk yg bru2 sye hfal x melekt..walaupon nk ulang tdklh mcm bru,tpi sye menghadapi kesukaran untuk mengulang..bleh ust bg advice sme ader perlu mengambil juzu' yg sye lpe ini sebagai bru smula or smething else sbb skrg sye dlm proses memasuki kuliah..tlong bgi cdgn..

hafizquran February 2, 2011 at 10:25 PM  

wslm wbt,

terima kasih atas ptanyaan. baik, utk keadaan anda, ana syorkan dua solusi:

1- anda hafal kembali. keadaan ini adalah kiranya anda berada dalam situasi 'tak ingat' dan bukan 'tak lancar' ( rujuk entri ttg ini yg dah ana tulis ). dan anda mempunyai kelapangan masa yang cukup untuk memulakan kmbali hafalan juzuk2 tsebut.

2- sekiranya tidak, maka lazimilah mengulang juzuk2 tsebut, meskipun secara melihat al-quran. INGAT! mengulang xsemestinya dgn anda tengok mushaf. kalau tak mampu, lazimi sahaja membaca berulang2 setiap waktu secara konsisten ( berjadual ).

ana yakin, kalau anda mampu praktikkan kedua di atas, anda masih berpeluang untuk 'menjaga' hafazan2 anda tsebut.

Muhammad LuqmanHakim B Tamili February 15, 2011 at 8:40 AM  

Terima kasih atas cadangan ustaz tu..insyaallah saye akan cube menjage quran saye ini..

Archive Blog