Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

20 March 2009

ST 1 : Fadhilat , Minat dan Keutamaan ( Priority )


بسم الله الرحمن الرحيم


Oleh : hafizquran

Alhamdulillah, kali ini saya ingin berkongsi beberapa tips, petua dan kelebihan secara khusus dalam bidang tahfiz al-Quran. Satu pesanan yang selalu saya ingat dan sering saya naqalkan dari guru saya adalah ,bukan mudah untuk hafal Quran, bukan mudah untuk ingat Quran, bukan mudah untuk khatam hafaz Quran dan sememangnya bukan mudah untuk amal seluruh isi kandungan Quran.

Justeru dengan sedikit ilmu dan pengalaman yang diberikan pada diri yang serba dhaif ini, saya cuba untuk menulis dan menggarapkan apa yang termampu sebagai perkongsian dan peringatan bersama. Mudah2an ia dapat sama2 diamalkan dan bakal dijadikan rujukan untuk generasi akan datang.

ANTARA KELEBIHAN , MINAT DAN KEUTAMAAN

Pertama sekali, apa yang ingin saya kongsikan adalah beberapa buah hadith Nabi s.a.w yang menceritakan tentang kelebihan dan kemuliaan seorang penghafaz Al-Quran. Sewaktu di madrasah saya dahulu, hadith2 inilah yang kami dengar hampir setiap hari dari mulut ustaz2 yang tidak jemu memberikan nasihat berbentuk tasyji’ dan motivasi. Bukan apa, penghafaz Al-Quran ini adalah golongan paling kuat dikacau oleh syaitan, jadi perlu sentiasa dipagari dan dikuatkan. Antara hadith yang sering kita dengar adalah :

Sebaik-baik kamu adalah orang yang menghafaz Al-Quran dan mengajarkannya


Ada dua pendapat ulama’ berkenaan hadith ini, iaitu huruf ‘wau’ yang menghubungkan antara kata ‘belajar’ dan ‘mengajar’. Ada yang mengatakan seseorang itu akan mencapai darjat sebaik2 manusia apabila dia bukan sahaja belajar tetapi diikuti dengan mengajar dan menyebarkan Al-Quran tersebut. Manakala selebihnya mengatakan memadai dengan menunaikan satu sahaja.

Apapun pandangannya, kesimpulan dari hadith ini adalah individu atau golongan yang menghafaz, mempelajari dan mendalami ilmu al-Quran telahpun dinobatkan sebagai sebaik2 manusia. The best man in the world. Suatu pengiktirafan yang tidak pernah Nabi berikan kepada golongan2 yang mendalami ilmu2 selain Al-Quran.
Antara lain adalah hadith yang berbunyi :

Barangsiapa yang menghafaz Al-Quran dan beramal dengan isi kandungannya, maka Allah akan memakaikan kepada kedua orang tuanya pada hari kiamat, suatu mahkota yang mana kilauannya lebih cerah berbanding cahaya matahari ”.


Hadith ini jika diteliti telah mengaitkan suatu kelebihan yang amat besar kepada ibu bapa. Secara logiknya adalah sesuatu yang tidak wajar apabila orang yang tidak ada kena mengena telah mendapat suatu kelebihan yang berpunca dari amalan orang lain. Tetapi inilah dia method yang telah digunakan oleh Nabi s.a.w dalam menceritakan kelebihan yang dijanjikan Allah kepada seorang penghafaz Al-Quran.

Secara tidak langsung, ia juga merupakan tasyji’ dan motivasi daripada Nabi s.a.w yang ditujukan khas kepada ibu bapa. Ini kerana , secara realitinya tidak ramai ibu bapa yang sanggup membenarkan anak2 mereka mendalami bidang tahfiz Al-Quran. Pelbagai alasan diberikan sehingga sampai ke tahap meragui rezeki dan habuan dunia untuk anak2 mereka. Dek kerana sikap sebeginilah Nabi menjanjikan suatu kelebihan dan darjat yang mulia di hari kiamat bagi ibu bapa yang sanggup merelakan anak2 mereka mendalami bidang tersebut.
Hadith ketiga, untuk dikaitkan secara logik dengan kelebihan seorang penghafaz Al-Quran. Perhatikan hadith ini :

Barangsiapa membaca satu huruf dari kitab Allah ( Al-Quran ) maka baginya satu kebaikan, dan satu kebaikan itu digandakan sehingga sepuluh kali ganda. Tidak aku katakan ‘alif lam mim’ itu sebagai satu huruf, bahkan alif adalah satu huruf, lam adalah satu huruf, dan mim adalah satu huruf.

Baiklah, hadith ini secara umum menceritakan kelebihan bagi orang yang membaca Al-Quran. Katakan seorang itu membaca surah as-sajdah, maka setiap huruf dari surah itu mendatangkan gandaan sehingga sepuluh kali ganda kepada si pembaca. Sudah pasti ganjarannya banyak dan tidak dapat dihitung. Bayangkan pula jika situasi itu berlaku pada seorang penghafaz Al-Quran. Dia bukan hanya membaca surah as-sajdah sekali atau dua kali, bahkan perlu dibaca sehingga berpuluh2 kali bagi mencukupkan proses hafazan. Maka hitunglah sendiri betapa banyak gandaan yang akan dia dapat secara tidak langsung dalam mengejar proses hafazan tersebut.

Cukup kita bicara tentang kelebihan, kita lihat pula kepada keutamaan.

Apa yang saya maksudkan dengan keutamaan di sini adalah lebih kepada dilema yang dihadapi oleh golongan adik2 yang baru mula menceburi bidang tahfiz Al-Quran. Mengikut pengalaman saya, dapat dirumuskan kepada dua golongan. Pertama, adik2 di peringkat menengah iaitu yang baru berpindah dari sekolah rendah ke alam menengah. Golongan ini biasanya mula mengalih arah ke bidang tahfiz Al-Quran selepas tamat peperiksaan UPSR.

Golongan kedua pula, ialah golongan adik2 yang telah tamat peperiksaan SPM atau STPM dan membuat transformasi bidang ke dunia tahfiz Al-Quran. Contohnya situasi di Darul Quran.

Golongan yang pertama saya lihat agak sukar menentukan keutamaan mereka. Kebiasaannya golongan inilah yang ditentang keras dan dihalang oleh ibu bapa atau saudara mara daripada menceburi bidang tahfiz Al-Quran dengan alasan tiada masa depan, tiada kelulusan dan sebagainya. Situasi ini seringkali saya lihat sepanjang 6 tahun saya menghuni madrasah tahfiz repek. Dilema ini kadangkala berterusan dan akhirnya menyebabkan pelajar tersebut keluar dar madrasah meskipun dia berpotensi dan mempunyai minat yang tinggi.

Golongan kedua, sebagaimana saya contohkan adalah generasi yang memasuki Darul Quran saban tahun. Konfik dan dilema seperti golongan pertama mungkin jarang berlaku pada mereka, tetapi bertukar pula kepada konflik diri sendiri. Ada yang mulanya berminat dan bersemangat, sehingga mendahului senarai calon2 lain yang gagal mendapat tempat untuk masuk ke Darul Quran, namun akhirnya menarik diri dan memasuki institusi2 pengajian yang lain. Tindakan ini saya lihat bukan sahaja menyusahkan dirinya sendiri, bahkan secara tidak langsung sebenarnya seolah2 telah menzalimi calon2 lain yang terpaksa ditendang bagi memberi ruang yang terhad kepada mereka.

Dari segi keutamaan, kebiasaannya timbul persoalan2 seperti “hafal quran nanti nak keje ape”, “bidang camni xdapat sijil”, “masuk madrasah tahfiz xde masa depan, baik masuk asrama penuh” dan seumpamanya. Kadang2 inilah reaiti yang perlu kita hadapi. Pihak anak tidak ada masalah, pihak ibu bapa pula yang tak faham. Betapa sukarnya memberi faham kepada ibu bapa tentang pentingnya meyakini rezeki dan ketentuan dari Allah.

Pertama :

anak2 yang hafaz Quran waktu usianya masih kecil, mungkin sekitar 12-15 tahun, sebenarnya sangat berpotensi menjadi hafiz yang baik. Ini kerana otak mereka masih suci dan belum diganggu oleh anasir2 lain. Sekiranya dilatih secara bersungguh2, mereka berupaya menamatkan hafazan dalam jangkamasa 1 atau 2 tahun sahaja. Seterusnya al-Quran yang mereka hafaz akan berpotensi membantu mereka mempelajari bidang2 yang lain. Ini telah dibuktikan oleh beberapa hafiz Al-Quran yang akhirnya dengan mudah dapat mempelajari dan menguasai subjek2 seperti matematik, sains dan bahasa Inggeris meskipun awalnya mempunyai basic yang agak lemah.

Kedua :

andaian dan tuduhan mengatakan anak2 yang menghafaz Al-Quran bakal berhadapan dengan masa depan yang gelap adalah tidak tepat sama sekali. Ini kerana tuduhan ini tidak pernah dapat dibuktikan oleh sesiapa. Alhamdulillah, tanggapan sebegini semakin menipis beberapa tahun kebelakangan ini yang akhirya menyaksikan pelbagai pusat tahfiz tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Ini juga antara lainnya merupakan kesan daripada kejayaan yang telah ditunjukkan oleh para huffaz hari ini yang membuktikan bahawa mereka mampu sampai ke tahap yang lebih baik berbanding mereka2 yang berada dalam jurusan akademik semata2.

Ketiga :

cuba datangkan kepada saya satu contoh penghafaz Al-Quran yang akhirnya hidup dalam keadaan miskin dan papa kedana lantaran tidak mempunyai pekerjaan? Alangkah malu jika kita melangkah ke negara2 lain seperti Pakistan, India dan sebagainya yang menyaksikan begitu ramai golongan masyarakat daripada penyapu sampah, pemandu lori sehinggalah arkitek dan doktor – merupakan golongan huffaz Al-Quran. Mereka mampu hidup dalam biah Islam yang baik dan rezeki yang mencukupi tanpa pernah dilaporkan pun ada yang kebuluran dan sebagainya. Namun inilah realiti dan mentaliti masyarakat kita yang sekian lama terbelenggu dalam konflik ‘kurang yakin’ dengan agama.

Keempat :

antara harta yang dibenarkan menolong kita apabila kita mati adalah anak yang soleh. Membina anak yang soleh tidak semudah memastikan mereka memperoleh segulung ijazah seterusnya mendapat habuan dunia yang banyak dan hidup senang lenang. Bahkan membina anak soleh perlukan proses bermula dari kecil iaitu pembinaan spiritual, kecintaan yang tinggi kepada agama dan ilmu akhirat yang mencukupi. Justeru, memastikan sekurang2nya seorang dari anak kita menceburi bidang tahfiz al-Quran adalah tiket paling berharga ke arah melahirkan anak soleh yang bakal mendoakan kita apabila telah kembali ke alam barzakh.

Saya teringat, suatu masa dahulu di awal2 saya menceburi bidang tahfiz Al-Quran, keluhan2 dan kritikan2 negatif dari ibu bapa yang bimbang dan tidak yakin dengan masa depan anak2 masing2 terlalu kerap kedengaran. Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini masyarakat mula membuka mata dan minda untuk menerima bidang tahfiz Al-Quran bagi anak2 mereka sebagai satu bidang yang bukan sahaja memberi kebaikan di dunia bahkan berpanjangan sehingga akhirat.

Sekiranya anda mempunyai konflik2 atau dilema seperti yang saya bincangkan di atas, silalah merujuk dan dapatkan pandangan serta nasihat dari mereka yang arif atau ahli dalam bidang tahfiz Al-Quran. Kadang2 pandangan dan pendapat dari mereka2 yang telah lama berkecimpung dalam dunia tahfiz Al-Quran mampu membantu kita untuk sedikit sebanyak mendapatkan kekuatan dan motivasi untuk meneruskan perjuangan kita dalam bidang hafazan Al-Quran. Siapa tahu, kita adalah salah seorang daripada pilihan Allah untuk menjadi Hafiz atau Hafizah Al-Quran.

Sekian.

NOTE : Upgraded On 6 June 2011

13 comments:

Anonymous March 20, 2009 at 3:50 PM  

salam. tahniah atas usaha ust utk mengembangkan ilmu dalam bidang tahfiz. sy ade satu mslh, sy dah hafal quran 2 tahun rasanya, waktu mula2 dulu mmg mak ayah sy tak bape bagi tapi sy pujuk juga, dan skang sy rasa sgt lemah coz sy mula rasa xmampu utk teruskan. mmg malu utk cakap tapi sebenarnya sy mmg xingat langsung blakang2. sy jadi cam tersepit tambah2 bile mak sy mula pertikaikan janji2 sy dulu. sy dah hafal hampir 20 juz tapi bila sy ulang banyak sangat2 yg lupe.
hope ust leh bagi pndangan n nasihat utk orang2 cam sy. t. Kasih.

Laman Ilhamku March 21, 2009 at 6:27 PM  

salam

Alhamdulillah thumma Alhamulillah.
terlebih dulu sy jawab soalan annas yg dihntar pd ruangan chatterbox. hope lepas ni boleh hantarkan pada ruangan ni..utk mudahkan soal jawab.

ok, apa yg nta hadapi sbenarnya telah banyak dilalui oleh orang2 sebelum nta. ada yg bjaya btahan n tak kurang juga yang kecundang semata2mnjaga hati kelaurga dan sebagainya. bagi sy, apa yg perlu kita faham dan fahamkan ibu bapa kita adalah

pertama, mjadi pghafaz Al-Quran bukan pilihan kita, tapi pilihan Allah. jadi bla kita diberi ilham utk tu, ia sebenarnya satu hidayah

kedua, banyakkan istikharah dan solat hajat, kalau niat nta benar2 ikhlas nak hafaz quran, Allah akan tlong mudahkan.

ktiga, banyakkan bsikap 'memujuk' dan 'membuktikan' pada mak ayah. kadang2 mereka risaukan kita sbb mereka kurang yakin dgn kita. jadi buktikan nta benar2 strong dgn keputusan nta

keempat, rancang betul2 plan pengajian nta, cthnya kalau dapat msuk DQ abiskan diploma, pastu sambung ijazah dsbg, cuba nampakan plan tersebut pada mak ayah

kelima, bila diberi peluang atau diterima masuk DQ, gunakan peluang tu sebaik mungkin. sntiasa kuatkan azam n smgt, buktikan nta benar2 jujur dgn hasrat utk jadi hafiz quran.

selebihnya, kalau perlu nta bawakan cth2 huffaz Alquran yg telah bjaya cthnya dr hasan din dsbgainya.insyaAllah kalau nta kuat, sabar dan tetap hati, Dia akan pemudahkan. good luck .

Laman Ilhamku March 21, 2009 at 6:35 PM  

salam. tahniah atas usaha ust utk mengembangkan ilmu dalam bidang tahfiz. sy ade satu mslh, sy dah hafal quran 2 tahun rasanya, waktu mula2 dulu mmg mak ayah sy tak bape bagi tapi sy pujuk juga, dan skang sy rasa sgt lemah coz sy mula rasa xmampu utk teruskan. mmg malu utk cakap tapi sebenarnya sy mmg xingat langsung blakang2. sy jadi cam tersepit tambah2 bile mak sy mula pertikaikan janji2 sy dulu. sy dah hafal hampir 20 juz tapi bila sy ulang banyak sangat2 yg lupe.
hope ust leh bagi pndangan n nasihat utk orang2 cam sy. t. Kasih.

jawapan :

syukran n syabas kerana telah btahan dan bjaya menghafaz lebih separuh alQuran.

sebenarnya tak dinafikan maslah2 yg sebegini banyak berkait dengan semangat dan motivasi kita. mungkin graf dah mula menurun, atau keazaman dah mula agak lemah.

justeru sy nasihatkan, apa yg perlu anda lakukan skarang adalah kuatkan kmbali azam dan smgt, banyakkan dgr ceramah2 dan tazkirah bkenaan tahfiz alQuran.

seperkara lagi, ia juga berkaitan dengan jadual iadah dan murajaah anda. cuba check balik. sejauh mana anda konsisten dan ambik berat. banyak lupa sebenanya berpunca dari kurang konsisten dalam iadah.

perlu sy ingatkan, bahawa 'konsisten iadah' juga tak bermakna dan tak berkesan tanpa 'fokus' waktu iadah. ia berbeza.

insyaAllah bekenaan itu akan sy bicangkan dalam post2 bagaimana masyi Al-Quran siri2 akan datang.

syukran dan slmt maju jaya

Anonymous March 25, 2009 at 10:07 AM  

slm ustaz, first nya Tahniah pada ustaz sbb wlpun masih muda tapi dah mampu jadi imam yang baik. mungkin ape yg saya nak tnyekan ni kurg berkaitan dengan tajuk yg ustaz postkan. tapi saya harap ustaz dapat berikan respon. sebenarnya, saya baru berjinak-jinak menjadi imam pada kwn2 kat hostel, tapi masalahnya saya ada masalah dlm menyebut bberapa huruf dgn betul. Ape pandgn ustaz? TQ

Anonymous March 28, 2009 at 6:43 AM  

salam ustaz,
bila nak kawin?
boleh citer dlm blog tak?-kawan lama

Anonymous April 1, 2009 at 8:52 AM  

salama'lyk...
tahniah diatas segala usaha,
Banyak manfaat yang ana dapat dr blog anta ni..teruskan perjuangan walaupun mehnah dan tribulisasi sering melanda diri,ujian yang datang adlh tarbiah dr Allah.Orng yang sering berkata-kata memang sering diuji,itulah tanda kasih sayang dan keadilan dr Allah.Lastly,al da best.Smg sentiasa dbwh lembayung keredaan Allah selalu.afwan,syukran..
go mujahid muda!!!!

Anonymous April 1, 2009 at 12:02 PM  

salam..ustaz! boleh tak bukak emel.tgok dah ada ke blum ape yg ana dah postkan?

Laman Ilhamku April 1, 2009 at 12:25 PM  

salam..

pertama skali, ana mnta maaf banyak2 sebab xsempat jenguk blog, ni baru ada kesempatan untuk edit n posting..alhamdulillah..

bagi soalan saudara ttg baru berjinak2 jadi imam solat kepada kawan2, syukur alhamdulillah..ana bangga dengan kesedaran n keberanian anta untuk ke depan , akhir zaman ni tak ramai yg nak jadi imam..

berkenaan dengan bacaan, permulaannya dan yang paling penting, adalah bacaan Al Fatihah anta, pastikan enta dapat mmbaca surah al fatihah dengan baik dari segi tajwid dan fasohah ( kefasihan )..ana syorkan, kalau ada kelapangan, anta cuba jmpa mana2 ustaz dan mnta dia dengar bacaan Al Fatihah nta, betul atau tak.

selebihnya, kalau bacaan fatihah nta betul dan baik, anta dah boleh terus jadi imam, jangan rendah diri. kalau dari segi bacaan surah2 yang lain, anta boleh perbaiki dari masa ke semasa. cari guru, mnta dengar bacaan nta, dengar kaset2 Quran, insyaAllah lama2 nta akan dapat bacaan yg baik dan betul..

teruskan jadi imam utk kawan2..syabas :)

Laman Ilhamku April 1, 2009 at 12:27 PM  

salam..
ape yg di postkan?
afwan..dalam mel ana tak ada post ape2 yg baru...
nanti ada kelapangan lain , skang kene standby untuk imam zhor..
slm:)

ayUE mat nOR February 1, 2011 at 11:44 PM  

assalamualaikum.
saya mohon share

hafizquran February 2, 2011 at 4:08 AM  

ayue :

persilakan..

Anonymous February 9, 2011 at 4:53 PM  

Assalamualaikum< sy nak bertanya. apakah kelayakan untuk memasuki darul quran? sy pernah hantar anak sy ke Tahfiz, kemudian beralih ke sekolah agama arab. sy cuba dapatkan maklumat tapi samar-samar. Saya keliru, sy cube chat online dgn beberapa guru hafiz online tapi jawapan mereka tidak membantu. sy sendiri hilang punca, kelayakan apakah yg diperlukan untuk memasuki darul quran untuk anak perempuan saya yg sekarang berumur 12 tahun dan bersekolah di sek. agama arab. swasta. Harap konsi info utk sy yg sgt perlukan panduan.

hafizquran February 9, 2011 at 6:55 PM  

anon :

wslm.ptama skali sy mnta maaf kalau jawapan ini xbanyak mmbantu, tapi sy cuba jawab.

1-kalau yg dimaksudkan adalah Darul Quran JAKIM, maka kmasukan di situ adalah lepasan SPM sahaja.18 tahun hingga 21 tahun.

2-kalau nak masukkan ke maahad tahfiz, kelayakan adalah bgantung pada maahad tsebut.syarat tak sama.

3- kebiasaannya, syarat yg dikenakan adalah : boleh mmbaca al-quran dengan baik, 3A upsr, dan akhlak serta disiplin diri. biasanya akan ada temuduga, diminta hafal n sbagainya.

mgkin yg dimaksudkan adalah darul quran jakim, tetapi itu adalah institut tahfiz utk 18 tahun ke atas, 12 tahun tidak diterima.

harap mmbantu.

Archive Blog