Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

02 November 2008

luruskan hatiku Ya Allah




"Ya Allah, kurniakanlah kepada aku kefahaman seumpama para Nabi, penjagaan agama seumpama para Rasul, dan ilham yang baik seumpama para MalaikatMu.."
"Wahai Tuhan yang Maha Memberi lagi Maha Tahu, bukakanlah pintu hatiku sebagai pembukaan para 'arifin.."

"Ya Allah aku menyerahkan kepadaMu apa yang telah Engkau ajarkan dan beri ilmu kepada aku, maka kembalikanlah ia kepadaku ketikamana aku berhajat kepadanya ,
dan janganlah sesekali Engkau lupakan aku daripadanya
Ya Rabbal 'Alamiin.."

"Ya Allah, lautan ilmu telah terbentang di hadapanku,
namun aku masih lagi tewas antara CINTA dan cinta dalam mengejar cita-cita..

Wahai Tuhan Yang Maha Mengerti, hanya kepadaMu aku adukan segala kelemahan dan kedhaifan aku,
juga hanya padaMu aku pohonkan keampunan atas segala silap dan salahku yang teramat banyak..

Wahai Rabbul Izzati,
hatiku tidak mampu untuk menanggung kalamMu yang Maha Suci lantaran banyaknya kekotoran yang mencemari,
Namun aku terpaksa kuatkan hati untuk menjunjung amanah ini ,
lantaran itu lembutkanlah hatiku dan berilah kekuatan kepada hatiku..

Ya Rabbi..
Sesungguhnya hanya dengan kekuatan dariMu sahaja aku mampu untuk terus berdiri di bumi ini,
menggali sejuta ilmu yang tidak pernah habis,
mengutip mutiara2 berharga dari mulut para Ulama',
menghabiskan sekian waktu dengan hafazan hadith2 kekasihMu s.a.w. ,
juga mentelaah kitab2 tafsir dan feqah sehingga larut malam ,
meletakkan seluruh kekuatan minda dan tenagaku hanya untuk agamaMu dunia dan akhirat..

lalu kupohon padaMu Ya Allah..sekalipun bebannya sebesar ini atau lebih besar dari ini,bantu dan tunjukilah jalannya kepadaku,apatah lagi andai takdirMu aku bakal menerima suatu lagi amanah selepas ini,
hanya kekuatan dariMu yang kupinta,
hanya thabat di jalanMu yang kudamba,
meskipun aku susah dan penat,
meskipun aku faqir dan melarat,
janganlah sesekali Engkau tinggalkan aku Ya Allah..
aku sangat yakin dengan ayatMu,
'cukuplah ALLAH bagiku..'

Ya Fattah Ya 'Alim,Ya Zul Quwwatil Matin..
sesungguhnya aku insan yang paling tidak layak untuk memimpin sesiapa,
paling tidak mampu untuk menanggung amanah terhadap sesiapa,
meskipun ianya bakal teman hidupku sendiri..

Namun,kehidupan ini bercerita panjang kepadaku,
perjalanan ini telah lama mengajar aku ,
tentang sesuatu yang berat dan sangat berat,
iaitu amanah dan tanggungjawab,
sehingga aku terpaksa pergi kepadanya,
sebelum ia datang terlebih dahulu kepadaku..

Ya Haadiyal 'ibaad,
apa lagi yang mampu untuk ku rintihkan,
patutkah lagi untuk aku berasa lemah dan malas,
sedangkan takdir semakin hari berbicara dengan tegas..
meskipun akulah yang paling tidak layak..
untuk menanggung suatu AMANAH yang tersangat berat..

Penolongku ada di hadapan
Pembantuku tidak pernah hilang
"Tidak ada suatu perkara pun yang hilang dari pengetahuanNya"
berpegang padaNya tidak akan rugi
yakin padaNya tidak akan sesal
thabat di jalanNya adalah jaminan kemenangan

hafizquran

0 comments:

Archive Blog