Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

17 November 2008

inikah adab seorang muslim dalam menegur?


"kau ni tak layak jadi hafiz quran!"
"kau ni tak pandai jaga diri ko!"

seandainya mesej2 seperti ini tiba2 sahaja mengunjungi chatterbox ataupun peti mel anda..apa yang akan anda lakukan?

jujurnya,saya merasakan ia sesuatu yang sangat menyedihkan.kalau berbicara tentang marah..tentu sekali saya marah. bahkan siapa yang tidak merasa marah andai tiba2 dicaci dihina tanpa sebab?

tapi yang membuatkan saya merasa terkilan adalah sesuatu yang lebih besar daripada itu. ianya adalah tentang sikap kita. cara kita berfikir dan kematangan kita menyelesaikan masalah.

entah sampai bila kita akan berada dalam keadaan kebudak2an seperti ini. dalam kehidupan dan pergaulan kita seharian, samada tentang teman2 sekuliah ataupun tentang keluarga, perselisihan faham dan rasa tidak puas hati adalah sesuatu yang sukar untuk dielakkan. pepatah melayu sendiri menyebutkan, "sedangkan lidah lagikan tergigit".

justeru, individu yang matang dan mempunyai pemikiran yang baik, pasti akan berfikir dan mengambil pendekatan yang paling efektif untuk menyelesaikan sesuatu masalah ataupun pergaduhan. lebih jauh daripada itu, seorang individu yang bijak pasti akan menimbangkan konflik tersebut, kalaupun ada kesalahan di pihak lawan sudah tentu sedikit sebanyak wujud juga kesilapan di sebelah kita. lantas dia akan berfikir dan mengambil jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah.

fikiran yang singkat akan mengambil tindakan yang kebudak2an dan tidak matang.
contohnya : bergaduh.

bagi saya,bolehlah diterima andai berlaku pada budak2 menengah rendah..ataupun budak2 remaja tidak berpelajaran. tapi bagi kita yang diberi peluang oleh Allah menjadi sebahagian daripada insan intelek dan berpelajaran, mengapa kita masih memakai pakaian sedemikian? mengapa masih suka menyelesaikan masalah dengan cara sedemikian? hakikatnya, masalah itu tidak akan dapat diselesaikan.

kalau bercakap tentang darah panas,bertumbuk,bergaduh, saya sendiri akui ia masih menebal di dalam diri. pernah saya ceritakan di blog ini tentang sejarah 'darah panas' tersebut. Alhamdulillah, Allah memberi keizinan untuk saya memperbaiki dan menyedari bahawa 'kita perlu menjadi semakin matang'.

Allah pertemukan saya dengan insan2 hebat seperti Ustaz Aminuddeen. beliau adalah guru pertama saya dalam silat sendeng. dahulunya merupakan Presiden PSSSM Kelantan. namun bila saya perhatikan keadaan dirinya yang sentiasa tenang,memiliki kesabaran yang sangat mengagumkan, saya terfikir dan sedar. meskipun saya tidak mampu untuk mencontohi beliau 100% tetapi sebagai anak murid dan anak didiknya, patutkah saya untuk bersikap berlebih2an melebihi seorang guru?

meskipun kita mampu untuk bertumbuk,mampu untuk menjatuhkan pihak lawan dengan kekuatan dan ilmu yang kita miliki, tetapi ada cara yang lebih baik daripada itu. cara seorang MUSLIM yang gentleman. sebagaimana sabda Nabi sa.w.:

"orang yang kuat adalah orang yang mampu menahan perasaan marahnya".

bukanlah bererti kita membiarkan sahaja cacian dan hinaan berlebihan kepada kita, tetapi kita mengelak daripada menggunakan cara tidak bertamadun dan seperti binatang.
bagaimana binatang? apabila tidak berpuas hati terus bergomol dan bergulingan..tanpa memikirkan kesudahan dan akibat. kita sebagai manusia,bahkan berpelajaran..sesuaikah?

demikian juga, apa yang saya nyatakan tadi. peti mel saya tiba2 dikunjungi dengan sumpah seranah, tanpa ucapan salam atau memperkenalkan diri. lagaknya seperti kaum jahiliah yang tidak beradab .

andainya dia menyumpah seranah dengan seribu hinaan sekalipun, tetapi tanpa menjelaskan keadaan sebenar ataupun sekurang2nya memperkenalkan dirinya, SELESAIKAH SEBUAH MASALAH?

berkali2 saya beristighfar.
benar,dalam kata2 kesat itu ada teguran untuk saya..meskipun bahasanya biadab.

"ko tak layak jadi hafiz quran pun!"

berkali2 saya merenung kalimah tersebut. saya melihat kekurangan diri saya. juga kesilapan2 dan dosa2 yang pernah saya lakukan. alangkah banyak dosa dan kesalahan saya. mungkin si penegur tadi merasakan dirinya tidak punya dosa, lantas bertindak 'menghukum' sedemikian rupa.

tidak layak menjadi hafiz quran?

dalam kebingungan bercampur sedikit amarah, saya cuba menjelaskan padanya. meskipun saya tidak tahu siapakah dia si biadab tersebut.
saya katakan bahawa "hafiz quran" bererti khatam hafaz al-Quran dan ia bukan anugerah manusia kepada manusia. IA ADALAH ANUGERAH ALLAH.
jadi mengapa dipertikaikan andai ia diberikan oleh Allah?
marahkan saya atau kepada Sang Pemberi?

Astaghfirullah..

dalam amarah, cuba bertenang dan fikirkan penyelesaian terbaik.
saya sedari dahulu sering menulis di sini, dan sering mengakui bahawa saya terlalu banyak kesalahan dan dosa. tapi saya tidak pernah menyesal dengan anugerah Allah sebagai seorang hafiz.

kenapa?
kerana saya tahu,ia adalah amanah Allah kepada saya. saya bakal ditanya tentang amanah tersebut. tanggungjawab saya untuk menjaga amanah ini sebaiknya, juga sebagai suatu wadah untuk saya mengislahkan diri saya ( sepertimana saya katakan sebelum ini).

itu yang sepatutnya. bukan saya keluar ke tengah jalan dan menjerit bertalu2 : "AKU TAK LAYAK!AKU TAK LAYAK!
itu bodoh namanya ( maaf sebut ).

untuk akhirnya, suka saya ingatkan, bahawa dosa dan kesalahan WUJUD PADA SETIAP MANUSIA. dosa kita sesama manusia wajib kita meminta maaf daripadanya. tetapi dosa kita dengan Allah, wajib kita mohon ampun dan bertaubat.
TETAPI tidak harus kita hebahkan kesalahan dan dosa kita kepada manusia,bahkan ia adalah rahsia antara kita dengan Allah sahaja.

justeru, siapa yang memerintahkan kita untuk mendedahkan keaiban kita kepada manusia?
dan siapa yang membenarkan kita campurtangan tentang rahsia seorang hamba dengan Tuhannya?

moga tulisan ini mampu menyedarkan kita. kepada si penegur , secara jujurnya saya katakan anda adalah seorang yang biadab dan tidak matang. belajarlah untuk menjadi manusia yang matang. cara yang anda gunakan TIDAK MAMPU menyelesaikan masalah..bahkan saya juga tidak akan faham apa sebenarnya yang menjadi masalah dan ketidakpuasan hati tersebut.

InsyaAllah saya juga memperbaiki diri saya dari masa ke semasa. apabila wujud dosa sesama makhluk, saya cuba meminta kemaafan seadanya. andai ada kesalahan saya yang tidak saya sedari, tegurlah secara berhikmah. itukan tanggungjawab kita sebagai saudara seISLAM? saya sentiasa terbuka untuk mereka yang ikhlas dan jujur menegur. silalah emel kepada saya.
sebagai muslim,beradablah. sertakan nama anda dan ceritakan secara baik. mudah2an Allah melembutkan hati2 kita semua.

hafizquran.


0 comments:

Archive Blog