Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

02 November 2008

SBM 6 : Hak Seorang Suami Ke Atas Isteri


بسم الله الرحمن الرحيم

Oleh : hafizquran


Hak-hak Seorang Suami Ke Atas Isteri

Sekali lagi saya berbicara mengenai perkahwinan. kali ini mengenai hak pasangan terhadap pasangannya setelah berumahtangga. saya memilih untuk meletakkan hak2 seorang suami ke atas isterinya. kenapa? sebab saya adalah lelaki dan bakal bergelar suami. dan mungkin ia juga dedikasi buat2 sahabat2 saya yang semakin galak mendirikan masjid ataupun menyimpan hasrat untuk mendirikan masjid samada secara diam2 ubi berisi ataupun secara terang2an.

Seorang suami sebenarnya diibaratkan sebagai ketua dan raja di dalam rumahtangga. kemuliaan dan kehebatan seorang suami bukan sahaja perlu diakui bahkan sewajibnya ia digahkan oleh mereka yang bergelar suami. kerana apa? sekiranya suami mengambil remeh persoalan kehebatannya sebagai raja, maka dibimbangi ia akan menjerumuskan ia menjadi seorang suami yang dayus. sedangkan di dalam sebuah Hadith disebutkan bahawa :

"suami yang dayus tidak akan masuk syurga"

Saya tidak ingin menghuraikan persoalan dan faktor kepada seseorang suami menjadi dayus atau dihukum sebagai dayus. dayus bukan sahaja boleh terjadi kepada suami bahkan juga kepada seorang ayah atau ketua.
cukuplah saya katakan antara punca berlaku dayus ialah apabila seorang suami tidak memahami hak2 dirinya terhadap isteri, sehingga akhirnya si isteri mengambil lekeh dan memandang rendah terhadap kemuliaan dan ketinggian martabat seorang suami.
gelaran suami sebagai pemerintah dan raja keluarga akhirnya diketepikan sehingga timbul istilah2 seperti "Queen Control" dan sebagainya. bagi saya ia sesuatu yang 'aib!

baiklah , kembali kepada perbincangan hak2 seorang suami ke atas isteri. bermakna ia adalah hak yang wajib diambil berat dan ditunaikan oleh si isteri terhadap suaminya.

pertama : memperelokkan akhlak di hadapannya

akhlak yang baik merupakan hiasan dan diibaratkan seperti bunga apabila ia wujud pada diri seseorang. seorang isteri lebih2 lagi patut menjaga akhlaknya di hadapan suami sehingga menjadikan si suami kagum dan hormat kepadanya. ia juga termasuk menjaga dan memelihara sifat malunya. semua ini akan menyebabkan si suami sentiasa memandangnya dengan rasa puas hati dan berkata2 dengannya dengan rasa gembira.


kedua : menghormati ahli keluarganya

menyatukan dua keluarga bukanlah perkara mudah. sering terjadi pelbagai perselisihan dan salah faham. mertua kadang2 tidak menyukai menantunya dan menantu pula seringkali bosan dengan kerenah mertua. semua hal ini memerlukan percaturan bijak dari pihak isteri. meskipun tidak mampu menyelesaikan masalah, sekurang2nya ia perlu berusaha untuk menjernihkan suasana. seorang wanita selalunya lebih mudah mengalah berbanding seorang lelaki.

ketiga : mengambil berat persoalan kecantikan dan keindahan penampilannya di hadapan suami

perkara paling penting adalah memastikan dirinya sentiasa cantik,indah dan harum di mata suami. kata orang ; barulah suami tak cari lain. seorang isteri yang sayangkan suaminya bukan sahaja tidak mahu suaminya cari lain, bahkan tidak sanggup walaupun hanya sekadar jelingan suaminya pada perempuan lain. justeru, ambil beratlah persoalan kecantikan dan penampilan anda di hadapan suami. jadilah wanita paling cantik,bergaya bahkan paling seksi ( maaf sebut ) bilamana berada dirumah.

ramai isteri menjadikan alasan kerjaya dan tugasan rumah sebagai penghalang untuk sentiasa jelita di hadapan suami. bagi saya, cubalah berusaha semampu mungkin. anda mengetahui hak suami terhadap anda dan anda mengetahui cara untuk menjadikan suami anda tertarik kepada anda. berusahalah demi cinta anda padanya.


keempat : mengambil berat tentang pendidikan terhadap anak2

saya kira ini sudah dimaklumi oleh semua isteri. ramai sekali suami yang apabila mencari isteri, maka diniatkan supaya isterinya menjadi guru dan pendidik yang paling baik terhadap anak2nya nanti. tanggungjawab mendidik anak lebih besar terletak di bahu seorang isteri, sejak anak tersebut mula2 lahir lagi. yelah, keluar pun dari perut ibunya bukan.


kelima : memuliakan sahabat2 suami seadanya

sahabat merupakan insan yang penting kepada suami, maka hal ini seharusnya difahami sebaik mungkin oleh isteri. janganlah menjatuhkan maruah suami di hadapan sahabat2nya hanya disebabkan kebodohan kita. jangan terlebih malu dan jangan terlalu jumud. jadilah isteri yang cerdik.


keenam : memenuhi setiap hajat dan kemahuan suaminya

sabda Nabi s.a.w : "apabila seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidur lalu isteri tersebut enggan ( tanpa sebab munasabah ) maka si isteri akan diLAKNAT oleh Malaikat sehingga waktu fajar."

bayangkan kalau anda tidur dalam keadaan suami tidak redha bahkan marah terhadap anda, maka para Malaikat mendoakan "celaka!" kepada anda sehingga waktu pagi, agak2nya berapa banyak kecelakaan yang bakal menimpa diri anda? justeru sentiasalah bersedia untuk suami.
seorang isteri yang baik tidak menunggu sehingga dipanggil oleh suami bahkan dia sendiri yang siap sedia untuk 'menyambut' si suami. melainkan kiranya anda benar2 sakit ataupun mempunya keuzuran maka berbicaralah dengan baik kepada suami anda sehingga dia faham dan redha terhadap anda.


ketujuh : tidak mengkhianati suami di belakangnya

zaman mutaakhir ini wujud pelbagai gejala pelik. bukan setakat suami main kayu tiga bahkan isteri juga turut berani melakukan perkara yang sama! tidak dinafikan wujud masalah2 rumahtangga seperti kehendak batin yang tidak tertunai,lemah syahwat si suami dan sebagainya. namun perlu difahami bahawa ia sesuatu yang boleh dan mesti diatasi. berbincanglah secara baik tentang kehendak anda, atau pujuklah suami untuk berubat dan sebagainya.

berlaku curang atau mengkhianati suami dibelakangnya hanya menyebabkan anda jatuh kepada kemelut zina. bukan sahaja maruah anda sebagai wanita,isteri dan ibu dipijak2 oleh jantan keparat bahkan anda juga menerima laknat Allah yang tiada sudah.


kelapan : tidak membiarkan seorang pun masuk ke rumah melainkan dengan izin suami

tanggungjawab menjaga rumah,memelihara keamanan dan keceriaannya adalah tugas seorang isteri bilamana suaminya sibuk bekerja mencari nafkah. disamping memastikan keadaan rumah tidak terabai, isteri juga haram mengizinkan seorang tetamu masuk ke rumah melainkan setelah mendapat keizinan suaminya.


kesembilan : tidak keluar rumah melainkan dengan kebenaran suami

sabda Nabi s.a.w :" seorang isteri yang keluar rumah tanpa keizinan suami maka dia diLAKNAT oleh sekalian makhluk sehinggalah dia kembali".

apa yang ingin saya sebut adalah, persoalan meminta izin adalah suatu perkara yang besar. apabila anda dinikahi bererti anda telah dimiliki oleh suami. anda adalah hak suami anda. meminta izin bukan sahaja memuliakan si suami bahkan menjadikannya bertambah sayang kepada anda.
kecuali dalam perkara wajib cth menuntut ilmu fardhu ain kiranya suami tidak mampu mengajarnya maka boleh keluar rumah untuk tujuan tersebut sekalipun suami tidak memberi keizinan. hukumnya tidak berdosa.


kesepuluh : memelihara sifat malunya pada tahap paling tinggi di hadapan suami

perkara terakhir adalah berkait dengan ketinggian akhlak seorg isteri di hadapan suami. sifat malu adalah suatu nilaian tinggi yang perlu dijaga sebaik2nya di hadapan suami anda.
JANGAN sesekali beranggapan bahawa anda tidak perlu 'control' sifat malu anda di hadapannya atas alasan dia adalah suami. 'tidak ada apa yang perlu disorokkan.'

ini jelas sekali suatu anggapan yang silap. seorang suami kiranya tiap2 hari dapat melihat suatu 'frame gambar' yang indah dengan mudah maka lama kelamaan akan bertukar menjadi jemu. sesuatu yang mahal dan agak sukar diperolehi akan menjadikan si suami ternanti2 dan tertunggu2. ( hanya untuk mereka yang faham ).

inilah serba sedikit pandangan dangkal dari saya. sekiranya ada kesalahan mohon ditegur dan diperbetulkan. saya menulis berdasarkan pengetahuan dan secebis pengalaman yang ada.

Wallahua'lam

4 comments:

itminaan90 May 20, 2009 at 10:50 PM  

Assalamualaikum..

I have a question to ask regarding this topic, I'm hoping that u could clarify some things for me.

1- isteri juga HARAM mengizinkan seorang tetamu masuk ke rumah melainkan setelah mendapat keizinan suaminya.

Q- Is it really haram, legally forbidden to let anyone enter the house without a husband's permission? Ada penerangan lanjut?

2- Jangan terlebih malu dan jangan terlalu jumud. Jadilah isteri yang cerdik.

Q- Jangan terlebih malu? Maksudnya? Isteri kena pandai berinteraksi dengan sahabat2 suaminya? Minta sedikit pnjelasan...

Jazakallah..

Laman Ilhamku May 23, 2009 at 7:12 PM  

wslm wbt

maaf atas kelewatan mmberi respon, ana baru perasan bila buka mail tadi.

melihat kpd angka 90, ana beranggapan yg bertanya lebih adik bbanding ana, dan ana harap yang bertanya merupakan seorang melayu yang insyaAllah pandai berbahasa melayu..

1- Ya, jawapnnya mmang haram utk mengizinkan seorang tetamu ( siapa shj ) ke dalam rumah tanpa terlebih dahulu meminta izin suami. katakan mak ayah sndiri bcdg utk bertamu ke rumah, maka awal2 lagi kita perlu beritahu suami, berapa orang datang, kalau tak sempat kia perlu telefon suami utk bagitau. teruk sgt ke ? susah sgt ke? mmg susah, sebab syurga isteri bawah tapak suami.

inilah hukum asal yg sebenarnya telah banyak diabaikan masa skrg. boleh ikuti penjelasan lanjut dari web ustaz azhar idrus. wallahua'alm.

2- anda bertanya dan anda menjawab. ya, jawapan anda betul. isteri kena pandai berinteraksi dengan sahabat2 suaminya.

memuliakan sahabat2 suami juga merupakan kewajipan isteri. justeru, elokkah jika isteri buat endah tak endah dengan sahabat2 suami? apatah lagi kalau merupakan kenalan sekerja dan sebagainya.

jangan terlalu malu, jgn terlalu jumud. bersederhana lebih baik. sebnarnya Islam tidak mengongkong tetapi isteri yan tidak bijak akan menjadikan dirinya terkongkong lantaran kurang ilmu dan pemahaman.

tgklah kpd waqi' smasa, pandai2lah menyesuaikan diri dengan situasi dan keadaan yg dialami.

disebabkan soalan itu agak umum tanpa tertumpu kpd apa2 mslh, maka saya kira saya juga mnjawab secara umum.

wallahu'alam

Anonymous June 4, 2009 at 2:01 PM  

saya merupakan seorg isteri...namun saya merasakan kehidupan saya sering ditindas oleh suami saya dari segi mental. Dia hanya meletakkan segala keinginan dan kemahuannya saja yg dipenuhi...andai tidak dipenuhi...ada sikit kurang dan cacat cela dlm aturan rumahtangga ini..mesti dia meletakkan dan menunding jari 100peratus ke atas diri saya sbagi isteri...kadang2 tak paham saya dibuatnya...kalau saya menegurnya secara baik2 dikatakan saya merungut...jika tidak ditegur...katanya tidak diberitau...kalau ditegur berulang2...naik la nada suaranya....
jika saya melihat la suami zaman sekarang ini...saya merasakan mereka mahu isteri mengikut semua syarak2 dlm islam...ikut segala sunnah nabi....mereka pula...sudah nak ikut sunnah nabi beristeri ramai saja...sunnah2 nabi seperti menolong isteri...bercakap lemah lembut ngan isteri...semua itu tak penting agaknya....nak buat macaman kononnya kuasa veto sudah ada dlm tgn mereka...tak perlu ambik tau lagi hal2 keinginan dan kehendak isteri...kehendak isteri umpama nafsu duniawi semata2 bagi mereka...walhal nafsu keduniawian mereka tidak mengapa....
ntahla...tak paham...jika saudara boleh menguraikan hak2 isteri untuk hidup dengan tenang disamping anak2...bukannya hidup dlm ketegangan mental hingga ke akhir hayat....minta pandangan...

Laman Ilhamku June 7, 2009 at 9:57 PM  

salam

sebagai seorang isteri, tidak dapat dinafikan dari sudut ketaatan kepada suami perlu diutamakan lebih daripada keluarga hatta yah ibunya sendiri.

persoalan yg menimpa diri puan mungkin disebabkan dua perkara :

pertama ; kesilapan dalam memilih calon suami. Islam sangat menitikberatkan seorang bakal isteri memastikan bakal suaminya benar2 orang yang baik akhlak dan agamanya demi menjamin KEFAHAMAN bakal suami tersebut tentang hak dan kewajipannya ke atas si isteri - yang merupakan amanah besar dari Allah untuk dijaganya.

apabila suami tidak benar2 memahami perkara tersebut seblum melangkah masuk ke alam rumahtangga, maka timbullah masalah2 seperti yg dinyatakan antaranya mengabaikan hak2 isteri, menyakiti hati isteri, berat sebelah, veto dan sebagainya.

dalam hal ini, suami tersebut maat perlu bermuhasabah kembali tentang dirinya sebagai pemimpin dan ketua. dia tidak mempunyai kuasa mutlak sebaliknya hanyalah sedikit authoriti untuk menjaga si isteri. bukan menindas,bukan menyakiti

justeru suami tersebut perlu merujuk kembali kepada ajaran dan kehendak Islam yg sebenarnya. apabila perkara sebenar dapat difahami insyAllah masalah itu dapat diatasi.

kedua ; sy melihat kemungkinan wujudnya masalah KOMUNIKASI antara puan dan suami. kadangkala puan nampak suami tidak mesra, cepat melenting , sukar berbincang dan sebagainya. hakikatnya ada sesuatu masalah yg disembunyikan suami puan yang mungkin puan tak nampak

cthnya, suatu hari puan bagitau gas sudah habis, mintak dia pegi belikan, tiba2 si suami melenting dan begaduh, walhal isunya sangat kecil- beli gas.

HAKIKAT sebnar, ada masalah lain yg merupakan punca sebenar yg gagal dibaca samada oleh puan atau suami. MUNGKIN punca kepada dia melenting adalah sikap puan yg kurang mengambil berat ttg kewangan rumahtangga,tentang masalah dia di tenpat kerja dan sebagainya, yang akhirnya membuatkan suami memendam sakit hati yang akhirnya diletuskan ketika puan meminta belanja rumah.

kedua2 itu adalah kemungkinan yang saya fikirkan boleh terjadi ke atas masalah2 yang puan timbulkan , kerana hakikatnya kalaulah di pihak isteri benar2 clear, di pihak suami yg baik akhlak dan agamanya pun akan clear. dan insyaAllah anak2 juga akan clear.

apapun, sy tak nafikan bahwa sesuatu masalah tidak boleh dilihat sehala sebaliknya dua hala.

syeikh habib ali al jufri pernah berpesan kepada suami2 dgn katanya :

"sesiapa yg membiasakan dirinya mengambil ringan ( bertolak ansur ) dengan masalah2 keduniaan dgn isteri sebaliknya sangat mengambil berat tentang masalah hubungan dai dan isteri dengan Allah ( hal2 berkaitan ibadah )- akan melahirkan rasa izzah dan kehormatan yg tinggi daripada isteri terhadap suami"

Archive Blog