Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

03 October 2008

Semoga Ianya Ilham Yang Benar

Assalamualaikum semua

Salam 'eid mubarak buat semua yang masih lagi beraya sakan. pasni kita pakat 'pose nam' plak ye.

tahun ni hafizquran beraya dalam suasana sayu sekali. nak tau kenapa? isk2..sakit gigi! nak makan pun susah..nak sembang pun susah. nilah rasanya bila sedikit nikmat Allah tarik..

...........................................

hati manusia sentiasa berada dalam rebutan antara malaikat dan syaitan. Malaikat ini bernama "mulhim" dan kerjanya adalah memberi ilham yang baik ke dalam hati manusia.
Syaitan itu pula namanya "waswasa" dan kerjanya adalah senantiasa membisikkan idea2 jahat ke dalam hati manusia.

kita semua merasai keadaan dan pergolakan sedemikian saban waktu. Adakalanya Malaikat yang menang dan adakalanya Syaitan yang berjaya. Orang yang imannya tebal dan kukuh seringkali berjaya mengetepikan bisikan syaitan tersebut manakala manusia yang selalu lalai dan lemah iman mengalami keadaan yang sebaliknya.

di dalam sebuah hadith diceritakan oleh Baginda s.a.w. bahawa hati2 manusia akan merasa tenang apabila berjaya dimenangi oleh Malaikat yakni ketika mana dia mendapat ilham yang baik untuk melakukan sesuatu perkara. Sebaliknya hati2 manusia akan merasai debaran dan kegelisahan ketika ia menerima bisikan untuk melakukan perkara maksiat yakni ketika mana hatinya berjaya dikuasai oleh hasutan Syaitan.

"apabila seseorang kamu ingin melakukan sesuatu perkara maka letakkanlah tanganmu di dada , kerana sesungguhnya hati orang mukmin itu merasa tenang pada perkara kebaikan dan merasa gelisah pada perkara maksiat"

cubalah letakkan tangan anda ketika ini dan bayangkan tentang perkara yang sedang atau akan anda lakukan. anda pasti merasainya.

mudah2an ilham yang sampai ke minda al-hafiz adalah ilham yang benar dan baik. Dan juga semoga pengunjung dan pembaca di teratak ini mendapat ilham yang baik dan bersih. Lalu kita dapat sama2 mendengarkan firman Allah di dalam Surah Az zumar yang bermaksud ;

"berikanlah khabar gembira kepada mereka yang apabila mendengar sesuatu perkataan maka mereka mengikuti yang terbaik.."

0 comments:

Archive Blog