Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

08 October 2008

Paling pantang kena tipu!

Kalau kita perhatikan orang melayu ni, dia mesti ada kepantangan yang tersendiri. Ada yang pantang kalau orang tepuk bahu dia. Ada yang pantang kalau orang pinjam barang dia tak mintak. Ada yang pantang kalau orang gurau dengan nama bapak dia. Ada sorang member saya tu, pantang kalau orang main telinga dia walaupun sekadar bergurau. Bagi dia kalau luku kepala tak apa lagi tapi kalau pegang telinga memang pantang besar.

Itulah orang kita. Ada kepantangan masing2. Saya pun ada. Banyak benda yang saya pantang dan tak suka, tapi yang paling saya pantang adalah kalau orang tipu saya. Memang siap la orang tu. Kalau tak dapat belasah dengan tangan, ‘belasah’ dengan mulut pun jadi. Saya percaya, tentu ramai di kalangan anda yang mempunyai kepantangan yang sama dengan saya.

Maksud saya , pantang bukanlah sekadar marah tapi lebih dahsyat dari tu. Kalau kena tipu semua orang pun marah tapi kalau kena pada orang yang pantang, bukan sekadar marah yang biasa. Bahkan kalau yang lebih dahsyat, kadang2 boleh membawa kepada balas dendam dan pertumpahan darah. Ngerti?

Berbalik kepada cerita tadi. Pasal kena tipu. Ramai orang yang pantang kalau ditipu tapi yang hairannya semakin ramai yang membiarkan dirinya ditipu. Tak percaya? Cuba perhatikan Skim Cepat Kaya. Ia suatu penipuan yang jelas tetapi meskipun diingatkan berkali2 tetap juga orang ramai membiarkan diri mereka jatuh ke perangkap penipuan tersebut.


************************

Baiklah sekarang cuba kita buka Al-Quran kemudian cari Surah Ibrahim. Ayat ke berapa anda kena cari sendiri sebab saya tak buka Al-Quran ni. Surah Ibrahim rasanya ada 3 helai setengah muka. Ayat ni berada di helaian kedua. Kat tengah2 mukasurat. Kandungan ayat tu membawa maksud antaranya :

Ø Bilamana dihisab keputusan oleh Allah dan terbukti bahawa Setan adalah penipu dan orang2 yang mengikut setan pun dapat tengok dengan mata kepala sendiri, maka Setan dengan selamba berkata “ sesungguhnya Allah membuat janji benar kepada kamu dan aku pun berjanji juga tetapi janji palsu..”

Ø Kata setan lagi “korang semua tak boleh menyalahkan aku kerana aku cuma ajak korang ikut aku dan korang ikut..”

Ø “jadi janganlah korang cerca dan hina aku sebaliknya korang kena hina diri korang sendiri. Sekarang aku sendiri akui bahawa memang aku menipu kamu kat dunia dulu”

Ø Maka ? mereka yang ikut setan pun terjun dalam neraka bersama setan dan orang yang beriman dan beramal soleh dapat masuk dalam syurga Allah..”

Bunyi macam suatu cerita pendek kan. Sekali dengar macam cerita filem. Ada starting, ada klimaks dan ada ending. Biasanya bila dah ending sesuatu cerita maka kita pun keluarlah pawagam ataupun kita off TV. Ataupun kita sambung buat kerja2 kita.

Tapi awas..

Cerita yang terlakar sekian lama dalam Al-Quran itu adalah kisah benar. Kita semua percaya dan yakin kan? Kerana cerita dalam Al-Quran itu unik. Ada cerita yang telah berlaku, ada cerita yang sedang berlaku dan tak kurang juga cerita yang bakal berlaku. Cerita tadi adalah cerita yang bakal berlaku.

Tapi hebatnya Al-Quran sehebat PenciptaNya jua. Cerita yang bakal berlaku telahpun diceritakan dengan begitu teliti dan bagi kita yang membaca, seolah kita mendapat suatu imaginasi dan gambaran yang real tentang situasi tersebut.

Pointnya?

Berbalik kepada cerita penipuan. Saya sendiri hairan dengan diri saya dan anda semua juga patut merenung kepada diri masing2 dan cuba timbulkan kehairanan tersebut.

Kenapa?

Sebabnya, pernahkah saya dan anda membiarkan diri ditipu oleh syaitan? Tentunya pernah. Samada banyak kali ataupun jarang2. Orang yang kuat iman seringkali dapat elakkan diri dari ditipu. Tapi kita semua maklum tentang iman kita yang bersifat yazid wa yanqus. Ada masa kita kuat dan ada masa kita lemah.

Betul atau tidak cuba ikuti situasi di bawah .

**************************

Ada orang bilamana jumpa salesman kat tengah kesibukan kota samada semasa sedang berjalan2 atau sedang menunggu isteri kat kereta , maka situasinya :

“ abang ..jam ni bagus. Buatan original diimport terus dari Canada. Brand ni jarang2 ada kat sini bang. Saya bagi..” [belum sempat ayat habis.]

“ saya tak senang. Tak bawak duit. [Salesman berlalu hampa.]

Situasi dua :

“abang..skim ni baru diperkenalkan kat Malaysia. Sebelum2 ni semua negara maju dah join samada individu atau syarikat. Abang tengok ni punya banyak testimony abang boleh baca..” [salesman penuh semangat].

“hm..ini mesti tipu” [ sebab dah banyak skim cepat kaya yang menipu]

“ini skim lain dari yang lain. Memang paling dipercayai. Tengok sijil pengesahan ni..”

“tapi bagus gak kalau dapat cepat kaya”[mula berminat]. [Membelek2 katalog dan sijil yang dibawa. Dalam hati mula berminat tapi ..]

“ takpelah lain kali . saya nak fikirkan dulu” [salesman menghulurkan personal contact card dan pergi.]

Situasi tiga :

“abang..minyak urut ni bagus bang. Boleh guna untuk semua penyakit. Tak ada penyakit yang tak sembuh kalau guna minyak ni. Guna untuk sapu sedikit sahaja bang tapi memang boleh sembuhkan gastric,kencing manis,batu karang,darah tinggi..bla..bla..”

“Sapu kat luar tapi boleh sembuhkan penyakit dalam?” [mula tertarik kerana promosi yang hebat.]

“betul bang tak percaya abang tengok gambar2 ni. Minyak ni memang seratus peratus galian dari bumi . campuran pula 16 jenis herba bal..bla..” [makin semangat.]

“wah hebat..sebelum ni aku banyak kali beli tapi tak menjadi. Mungkin yang ni betul ni.saya ambil..” [not dikeluarkan dan minyak diambil. Bukan sebotol tapi 10 botol.]

Jalan ke depan skit..

“bang maajun ni hebat bang. Maajun power paling laris kat Indonesia. Abang cuba bang. Baik untuk suami isteri. Orang yang 10 tahun kawin tak dapat anak lepas je makan sebulan , bulan seterusnya terus hamil anak kembar..” [fuh punya semangat menipu.]

“betul ke? Ini hebat ni. Bukan saja untuk kesihatan batin tapi boleh dapat anak cepat! Hebat..aku mesti beli..” [not RM100 dihulur dan maajun diambil 8 kotak. Kesangsian ditolak tepi.]

Got it?

*************************

Bukanlah salesman itu syaitan. Tapi begitulah ceritanya lebih kurang. Tiga situasi di atas berlaku kepada kita ketika nak ditipu oleh syaitan dalam apa jua kondisi pun. Sebabnya setan ni bekerja dengan penuh komitmen. Mana ada curi tulang macam kita. Kerja dorang ni bagus walaupun takde gaji. Mana pernah putus asa tackle manusia. Yang perlu kita fikir bukanlah pasal setan tapi pasal diri kita.

Kerapkali kita berada dalam situasi pertama , terus menolak hasutan syaitan , atau kita dalam situasi kedua, rasa macam nak tolak tapi rasa macam nak ikut jugak, atau kita dalam situasi ketiga yang terus ikut apa sahaja pelawaan dan janji manis syaitan.

Sama2lah kita fikirkan. Kerana hakikatnya meskipun kita pantang ditipu dan diperbodohkan tapi kita sukar sekali bersikap tegas dan keras bilamana kita ditipu dan diperbodohkan oleh syaitan. Sama2lah kita fikirkan.

0 comments:

Archive Blog