Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

24 October 2008

Khutbah orang dan Khutbah kita

Alhamdulillah segala puji bagi Allah dan segala kesyukuran dikembalikan hanya kepada Allah.
sentiasa didoakan semoga Allah melimpahkan rahmat dan maghfirahnya kepada kita semua.

sesungguhnya banyak perkara ajaib berlaku bilamana kita berada di bumi asing, maksudnya bukan di bumi Malaysia. tambahan pula bila berada di bumi anbiya' seperti Yaman ini. sungguh terasa kelainannya daripada tempat sendiri, terutama dari segi kehidupan beragama.

seperti yang saya ceritakan sebelum ini, bumi Sana'a adalah bumi yang Allah pelihara dengan biah islamiah yang jarang sekali dijumpai di bumi lain. Dengan masyarakat yang hidup senantiasa membesarkan Allah, mengasihi dan menghormati sesama sendiri serta senantiasa mengembalikan setiap urusan kepada Allah samada perkataan, perbuatan dan sebagainya.

contohnya, bila seorang diantara mereka bersin maka akan dijawab dan didoakan oleh semua orang yang berada di skeliling. Mungkin bagi mereka ia perkara biasa, bahkan telah lama disebut di dalam hadith Nabi s.a.w yang menceritakan mengenai hak2 orang muslim , antaranya "menjawab orang bersin" dengan lafaz yarhamukallah. Tetapi kita di Malaysia jarang sekali kita dengar orang mendoakan kepada kawannya yang bersin. Padahal ia adalah suatu tuntutan. kalau ada yang jawab pun diam2, pelahan2. Kalau jawab kuat maka ia menjadi suatu kepelikan pula pada masyarakat kita.

sebenarnya ia bukanlah persoalan tahu atau tak tahu. Kalau dikatakan orang Malaysia jahil tentang benda ni orang marah pula dengan kita. lagipun tiap2 malam orang ceramah atas masjid dan surau takkan masyarakat tak tahu. Bagi saya bukan persoalan tahu atau tidak, tapi persoalan amalkan atau tidak.

maka saya katakan , itulah yang membezakan bumi Sana'a Yaman ini berbanding tempat kita di Malaysia. secara jujurnya masyarakat di sini jauh lebih rendah taraf hidupnya berbanding kita di Malaysia yang kaya raya..tapi dalam bab agama kita jauh ketinggalan di belakang. Kenapa benda ni berlaku , itu kita kena check baliklah.

kehidupan seharian boleh dikatakan terjaga dari segala segi. Masyarakat mana lagi kat atas dunia ni yang benar2 memahami makna "qanaah"? Kebanyakannya tak pernah puas dengan harta dan kemewahan, sedangkan bab agama dibuat endah tak endah sahaja.

muslimat yang semuanya memakai pakaian hitam dengan hanya menampakkan mata sahaja. Seperti yang saya katakan, untuk bertemu perempuan seksi adalah suatu perkara yang amat sukar bahkan boleh dikatakan tiada. Kalau ada orang asing, cthnya dari korea atau amerika dengan pakaian mereka yang menampakkan rambut dan tubuh badan, maka masyarakat akan melihat mereka dengan pandangan keji dan tidak ihtiram. akhirnya mereka akan merasa asing dan malu.

bandingkan kita di Malaysia? masyarakat yang meniru pakaian barat dan orang barat yang datang ke Malaysia adalah golongan yang dipandang dengan kagum dan mulia. akhirnya mereka lagi2 bangga dengan pakaian mereka yang mendedahkan aurat dan tidak menghormati masyarakat muslim. siapa yang bebal dan bodoh? jawabnya adalah masyarakt itu sendiri. Puncanya? jauh dari cara hidup yang diajarkan oleh Islam dan satu lagi , malu untuk mengamalkan dan beristiqamah dengan gaya hidup seorang muslim. khalas.

akhirnya suka untuk ana bandingkan sebagai suatu renungan bagi kita semua, golongan ulil albab dan cintakan agama. iaitu mengenai khutbah jumaat.

hari ini adalah hari raya umat Islam dan di sini sangat terasa kemeriahannya. Mereka di sini bercuti pada hari jumaat dan bekerja pada hari selainnya.

mereka akan datang awal ke masjid untuk solat sunat dan membaca Al-Quran. bayangkan hampir tiada orang di dalam masjid yang tidak memegang mushaf. kesemuanya membaca al-Quran dan menunaikan solat sunat. Orang berborak lebih2 lagilah tak wujud. Kalau ada pun akan dipandang asing dan tidak senang.

kita di Malaysia? tengoklah sendiri.

kemudian bilamana khatib naik ke mimbar dan memulakan khutbah. Suasana akan menjadi sunyi sepi dan kesemua jemaah akan memerhati dengan penuh khusyuk setiap patah perkataan yang keluar dari mulut khatib. Bila keadaan begitu maka memang jarang sekali boleh tengok orang tidur bahkan mustahil.

bandingkan khutbah di sini dengan di Malaysia. Subhanallah jauh berbeza.
disebabkan khatib menggunakan bahasa fushah yang baik dalam khutbah maka Alhamdulillah saya juga dapat memahami isi khutbah dengan baik.

ceritanya tentang thabat dengan islam . tentang istiqamah denagn dakwah dan kehidupan islam seperti yang dibawa oleh Nabi s.a.w. Nak cerita hebat tak hebat khutbahnya sampaikan jemaah menangis. bayangkan. Sudahlah khatib berkhutbah dengan penuh semangat dan lantang, isi khutbah pula benar2 membuatkan kita sedar.

apabila disebut tentang seksaan yang diterima oleh sahabat2 dahulu, kemudian tentang mereka yang benar2 thabat dan tidak goyah dengan akidah perjuangan Islam meskipun nyawa diancam, maka kita dapat melihat suatu perubahan dan semangat yang tinggi tercetus daripada para pendengar yakni ahli jemaah yang hadir.

dahtu, kalau sampai jemaah yang dengar menangis sampai merah muka, mana ada orang nak tidur?? saya sendiri sampai meremang bulu tengkuk..masyaAllah.

kat Malaysia..usahkan nak jumpa yang menangis, nak jumpa yang tak tidur masa dengar khutbah pun susah. semua tidur sampai berdengkur pun ada. aib..

yang bersembang sambil hisap rokok atas motor pun ada. yang melambat2kan datang ke masjid sampai dekat2 abis khutbah pun ramai. dahtu bila orang kita nak sedar? dulu kini dan selamanya ..itulah keadaannya. lesu ..lembik dan tiada semangat jihad untuk Islam.

tambahan pula kalau khutbah sentiasa dipantau. Teks pula sentiasa diberi dan perlu diikut setiap ayat dan perkataan. Khatib di sini hanya memegang kertas kecil dan berkhutbah dengan penuh semangat bahkan dengan ayat2 yang tersusun rapi.

sampai bila akan timbul semangat daripada khutbah jumaat kalau khutbah itu bukan lahir dari hati dan mulut khatib itu sendiri. akhirnya ramailah yang tidur sewaktu khutbah jumaat..apatah lagi kalau tajuk khutbahnya adalah "buah2an tempatan"..!

0 comments:

Archive Blog