Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

19 October 2008

Khabar Dari Sana'a , Yemen

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum wbt

Alhamdulillah,masuk ni sudah 3 hari aku berada di bumi anbiya' yemen dan baru hari ini aku berkesempatan masuk ke cc. Sekadar untuk menulis serba sedikit perjalanku di bumi ini, sementara waktu sempit belum mengekang langkah.

sebenarnya ramai sahabat yang tak tau ke mana aku furthter study meskipun ada yang tahu aku telah meninggalkan Malaysia( mungkin melalui posting yg lepas). Aku pula sengaja buat tak tahu. antara lainnya aku merasa kurang ghairah untuk menghebahkannya kepada orang lain..

apapun sekarang aku sudah berada di Kota Sana'a,Yemen. Nama tempat aku duk ni Dairy. Sana'a adalah antara ibu kota bagi Yemen. Nak tau apa makna "Sana'a"?

Sana'a berasal dari perkataan yang membawa maksud 'kekuatan',kehebatan' dan 'pembentengan'. Jadi kota Sana'a membawa maksud lebih kurangnya adalah "kota yang dibentengi".

Kota Sana'a ni berada di aras yang sangat tinggi sebab tulah udaranya sangat3 sejuk. tambah2 musim Syita'( sejuk). pagi rasa sejuk macam nak beku. kalau ambil wudhu' memang kena panaskan air dulu dalam hilter. airnya sejuk macam nak mati. em..kalau anda pernah pergi waterfall waktu subuh..dan rasa air terjun tu sejuk macam mana.. macam tulah air kat sini bukan takat waktu pagi..tapi setiap waktu hatta tengahari yang panas terik sekalipun.pelik kan..?

aku kat sini buat sementara waktu tinggal bersama zaidi dan senior yang membawa kami,syed Faris ( dak DQ kenal la ni ). kiranya aku dan zaidi menumpang kat rumah Faris sementara zaujah dia belum datang dari Malaysia.

bila keluar rumah samada waktu pagi atau petang atau malam , kami sentiasa berbaju tebal. jaket hitam aku tak pernah ditanggalkan hatta dalam rumah sekalipun. pakai dua atau tiga lapis baru rasa agak selesa. itupun bila angin sejuk datang 'menyapa' (ceh ayat novel) memang terasa bagai nak beku.komen aku : sangat seronok ^_^

waktu tengahari atau petang memang panas...tapi panas cahaya matahari jelah. bila kita berdiri atau berjalan kat tempat panas memang terasa bahang matahari yang panas terik tu..tapi..angin atau udaranya tetap sejuk dan sangat sejuk. mulanya memang aku rasa sangat pelik. macam mana tak pelik kalau kita rasa dua suhu dalam satu masa. "sejuk dalam panas". memang panas tapi sejuk. ish pelik. komen aku : lagi2 seronok ^_^

berjalan2 sekitar Dairy dan nanti nak ke Tahrir. semalam Alhamdulillah sempat ke ma'radh kitab ( expo kitab ) sana'a. biasanya expo ni diadakan selama lebih kurang 10 hari setiap tahun. memang best bila tengok orang ramai2 pergi borong kitab termasuklah kami. kat Malaysia mana nak jumpa suasana macam ni? semalam kami borong syarah sahih muslim,beli kitab fiqh n 'tazkiyatul anfs' ( muqarar kami nanti). walaupun penat n berat membawa kitab tapi satu gaya hidup baru dan experience yang sangat menarik aku dapat rasa.

ni aku nak cerita pula tentang biah ( suasana ) kat sini.Alhamdulillah ..Subahanallah aku sangat kagum. boleh disimpulkan dengan ayat Quran yang berbunyi : "baldatun thoiyyibatun wa rabbun ghafur". selama aku hidup 21 tahun aku tak pernah meninggalkan Malaysia dan inilah kali pertama aku menjejak kaki ke bumi asing. ditakdirkan Allah bumi asing pertama yang aku pijak adalah bumi Yemen yang subur dengan biah islamiah yang sangat hebat.

bayangkan kalau kita boleh kagum dengan Kelantan ( bandaraya islam ) tetapi kat sini berpuluh kali ganda lebih baik berbanding kelantan ( dari segi biah ). walaupun dari segi kemodenan mereka sangat jauh berbanding Malaysia.

bayangkan lagi, kat sini betapa susahnya nak jumpa muslimat yang tak pakai purdah atau burqa. semuanya dengan purdah dan pakaian hitam. di mana2 sahaja itulah muslimat atau 'minah arab' yang akan kita saksikan. paling2 teruk aku jumpa kat sini adalah muslimat arab yang tak pakai purdah ( tunjuk muka ) ataupun pakai tudung tapi nampak rambut. itu paling teruk. jadi kalau nak jumpa yang pakai seksi dan yang dedah2 badan memang tak adalah kat sini.

Allahuakbar..sampai sekarang aku masih kagum dengan suasana di kota sana'a ni. meskipun jalanraya sibuk dan kalut tapi hati kita tak rasa cemas. rasa tenang je. kat sini, kalau kat jalanraya setiap satu saat mesti akan bunyi hon. perangai orang arab ni suka main hon. tapi kita tak rasa marah atau cemas. berbanding kat KL? bunyi hon adalah bunyi yang buat kita marah, cemas, gelisah dan kadang2 boleh sampai bergaduh dan maki hamun ( tambah2 time jalan jammed ). tapi kat sini sangat jauh berbeza. Subhanallah.

Bulan Muharam nanti akan buka pengajian di Jami'ah. insyaAllah kami akan ambik lughah dulu untuk tempoh setahun. aku berharap pengajian talaqqi dapat kami mulakan tak lama lagi.

oh ya..ini juga adalah bulan madu aku bersama Nur. Alhamdulillah. suatu ketenangan yang sangat indah bila berada di Jami' zaid bin harith ( masjid dekat umah). aku rasa bebas nak 'dating' dengan Nur kat situ. Allahuakbar. sanagt tenang bila mengalunkan ayat2 Allah dalam suasana masyarakat yang sememangnya membesarkan Allah dan Rasul dalam setiap urusan mereka.

itu sahaja untuk kali ini.
salam perantau dari hafizquran.

19 syawal 1429
08:15 AM

0 comments:

Archive Blog