Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

10 September 2008

Jejak sufi jejak haraki



“ Kita ni nak jadi sufi atau jadi haraki?”

“ Kita dah cukup dengan haraki , sekarang kita sufi pula.”

“ Orang sufi ni tak haraki. Mereka asyik dengan tasbih mereka je..”

“ Buat apa haraki tapi hati banyak masalah”

Pernahkah kita mendengar dialog sedemikian? Pastinya pernah.

Persoalan ini jarang diketengahkan dan jarang pula dijadikan maudhu’ perbincangan. Masing2 meletakkan kefahaman tersendiri di atas perkara tersebut. Sesetengah beranggapan ianya tidak perlu dibahaskan dan sesetengah pula merasakan ia perkara wajib yang perlu difahami dengan betul.

Sebagai mereka yang bergelar pejuang Islam,sewajibnya ungkapan “sufi haraki” perlu difahami dan dihayati dengan sebaiknya. Percayalah bahawa ia bukan perkara remeh dan bukan sesuatu yang lekeh. Seorang pejuang Islam akan dilanda krisis sekiranya tidak benar2 memahami konsep tersebut.

Kita biasa mendengar tentang kehebatan pejuang Islam suatu masa dahulu. Siangnya mereka memacu kuda dengan setangkas2nya memerangi musuh Allah dan malamnya mereka bagaikan rahib menangis dan meratap kepada Allah ta’ala.

Kita juga berada dalam perjuangan yang sama. Kita mewarisi dakwah mereka. Kita mewarisi manhaj mereka. Kita meneruskan apa yang mereka perjuangkan atas nama mata rantai perjuangan. Kita juga mengimpikan semangat waja seperti mereka. Kehebatan dakwah Baginda Nabi s.a.w , ke’izzahan Umar al-Khattab , ketangkasan dan semangat juang Khalid al-Walid.

Dalam kita melangkah menyoroti perjuangan mereka memartabatkan Islam yang kita cintai, sememangnya banyak kelemahan dan cacat cela yang terzahir dalam diri kita. Tidak kiralah siapa kita, ‘orang hebat’ atau orang biasa, kita tetap punya kelemahan dan kekurangan dalam perjalanan kita. Perkara paling utama adalah apabila membabitkan persoalan hati dan jiwa.

Menyentuh tentang perkara yang kita tak nampak biasanya membuatkan kita tak sedar. Ada orang berjuang dengan sangat hebat. Tugas dakwah dilaksanakan dengan penuh semangat dan bersungguh2. Apa pun kerja yang sampai, apa pun tugas yang diberi, atas nama perjuangan Islam semuanya dilaksanakan dengan sebaiknya. Adat seorang pejuang Islam, sehingga mengenepikan soal tidur, makan dan minum. Keluarga sendiri adalah nombor dua. Kepentingan peribadi diletakkan ke angka yang ketiga dengan menjadikan perjuangan Islam adalah nombor satu. Mereka benar2 yakin dan ikhlas dengan perjuangan Islam yang mereka dokong.
Meskipun mereka bekerja dengan bersungguh2 dan memberangsangkan, namun persoalan hati dan jiwa masih sukar diselesaikan. Terkadang apabila sibuk dengan tarbiyyah orang lain, diri sendiri kurang diberikan perhatian dalam bab tarbiyyah. Ini hanya perkara yang simple tetapi banyak berlaku. Saya kira kekhilafan yang perlu sentiasa diperbaiki dan diingatkan. Zahirnya kita cemerlang dan kita tidak ingin sekiranya dalaman kita gagal.

Melihat kepada tarbiyyah diri,inilah persoalan hati dan jiwa yang ingin kita perhalusi. Persoalan hati kita yang masih melekat sisa2 duniawi, pandangan mata kita yang masih sukar dijaga dari melihat ikhwah/akhawat, persoalan makanan yang kita makan dari mana sumbernya,syubhah atau sebaliknya, persoalan pergaulan kita atas nama ukhwah. Terkadang riuh rendah bergelak ketawa sehingga lupa kepada ayat2 Allah : “ hendaklah kamu kurangkan ketawa dan banyakkan menangis ”. Persoalan kata2 kita yang masih banyak sia2 dari manfaat. Persoalan gurauan kita yang selalunya berlebih2an dan kadang2 banyak membuatkan sahabat kita terasa.

Begitu juga dengan persoalan qiamullail dan tahajjud kita. Orang lain lebih banyak dari kita atau kita lebih banyak dari orang lain. Persoalan zikir dan membaca al-Quran, banyakkah zikir kita . Banyakkah kita khatam al-Quran. Setahun berapa kali kita khatam. Atau kita belum pernah khatam langsung. Persoalan sikap dan muamalah kita. Sejauh mana kita mempraktikkan sifat wara’ dalam diri kita. Sejauh mana kita menghayati makna tawaddhu’ dan zuhud. Jangan pula ada di kalangan kita yang apabila bergelar pejuang Islam, terus merasa gah dan sombong. Memandang orang lain dengan pandangan rendah dan menghina sambil berbangga bahawa “akulah orang hebat dan mendapat hidayah”.

Semua ini adalah persoalan hati kita. Persoalan jiwa kita yang perlu dibentuk. Mereka yang menghayati ilmu tasawwuf pasti memahami. Tidak cukup dengan kita melangkah gagah di medan juang tetapi dalaman kita jauh lebih lemah dan dhaif. Jiwa juang perlu dididik dan ditarbiyyah dengan sebaiknya. Barulah ia dapat tunduk dan merasa lunak dengan Allah Rabbul Jalil.

Kerana itu kita kagum melihat kehebatan seorang mujahid Islam bernama As-Syahid Imam Hasan Al-Banna. Meskipun bergerak aktif dalam Ikhwan dengan semangat juang yang tinggi , tetapi dalamannya senantiasa diberikan perhatian yang serius. Kerana itu ia menuliskan zikir Al-Mathurat, sebagai satu ibadah khusus kepada mereka yang bergelar pejuang Islam. Bukanlah ia wajib dibaca. Tetapi kerana kerisauan terhadap mereka yang bersemangat dan bersungguh2 berjuang tetapi lupa tentang tarbiyyah rohaninya. Jiwanya akan ditembak dengan peluru riak,’ujub dan sum’ah. Maka diasaskan satu zikir dan wirid yang apabila diamalkan secara istiqamah,InsyaAllah akan memastikan tarbiyyah dalaman tidak menjadi sesuatu yang dipinggirkan.

Ada juga di kalangan kita mengutamakan konsep hablum minallah yang sangat tinggi. Menekankan persoalan hati dan didikan jiwa serta meletakkannya sebagai nombor satu. Apa makna berjuang atas nama Islam kalau hati dan jiwa tidak lunak dengan Allah. Tidak cukup berzikir kepada Allah. Masih banyak kotoran dunia yang mengambil tempat di hati. Masih gagal dalam mencontohi kehidupan dan akhlak Nabi. Maka semua ini perlu diberi keutamaan dan diperhalusi terlebih dahulu. Demikian hujah sesetengah mereka. Saya biasa mendengar hujah sebegini.

Mereka juga memperjuangkan Islam. Menerima didikan dari Syaikh Murabbi. Guru yang mendidik naluri dan jiwa muridnya dengan azkar dan awrad yang tertentu. Diamalkan sehingga beratus2 dan beribu2 kali bacaannya. Mengambil amalan bersanad dan berijazah seterusnya diamalkan sehingga sebati dengan jiwa mereka. Mereka berjaya mendidik hati dan mentarbiyyah nafsu sendiri, sehingga segalanya tunduk kepada iman mereka yang sangat tinggi kepada Malikul Mulk.

Saya tidak mengatakan mereka salah. Tetapi sedih apabila ramai yang seolah bersikap ‘pentingkan diri sendiri’. Apabila terlalu menekankan ibadah dan tarbiyyah diri sendiri, mereka mula merasai kelazatan dan kenikmatan ubudiyyah mereka kepada Allah,sehingga akhirnya alam ini menjadi fana’ dimata mereka. Akhirnya mereka melupakan orang lain dari kehidupan mereka. Mereka meminggirkan persoalan ummah dan kemaslahatan sejagat.

Lupakah mereka kepada persoalan untuk melahirkan mujtama’ muslim dan bukan sahaja fardul muslim. Persoalan untuk melahirkan dan mendirikan daulah islamiah sebagai usaha ke arah menegakkan khilafah islamiah. Semuanya adalah perkara wajib yang kita sedia maklum. Persoalan masyarakat yang dibelenggu dengan maksiat dan keruntuhan akhlak. Muda mudi yang semakin sukar ditarik ke sebelah kanan. Semuanya mengambil lorong kiri dengan pelbagai belenggu sekularisme dan hedonism. Persoalan ummat yang masih banyak bahkan terlalu banyak untuk difikirkan dan diselesaikan. Apabila semua ini kita pinggirkan bermakna kita menolak hakikat tanggungjawab yang telah Allah fardhukan kepada kita. Sepertimana dalil yang kita dengar di dalam surah al-Baqarah dan ali-Imran. Seandainya ini terjadi, adakah kita pasti kita berjaya menjawab kesemua ini di hadapan Allah ta’ala.

Kali ini kita melihat kepada contoh kehebatan seorang mujahidah bernama Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili. Kita sendiri merasa kerdil apabila membaca pengalaman dan tulisannya di dalam catatan “hari-hari dalam hidupku”. Beliau membuktikan bahawa beliau adalah orang yang paling bersungguh2 dalam mendidik dan mentarbiyyah hati supaya lunak dengan Allah ta’ala.
Kehebatan munajat dan rahsia hatinya yang tinggi akhirnya mendapat suatu anugerah yang sangat bernilai, iaitu dipertemukan dengan Nabi s.a.w di dalam mimpi. Mimpi orang mukmin bahkan muttaqin sememangnya adalah mimpi yang berkah dan benar. Lihat sahaja amalannya yang sangat hebat,masih sanggup untuk bersolat meskipun direndam di dalam air sehingga ke paras hidung. Dikerumuni oleh anjing dan tikus. Dipaksa untuk berdiri dan berendam meskipun seluruh tubuhnya hancur dan berdarah kesan dari sebatan2 dari tongkat rejim Jamal Abdul Naseer laknatullah.

Saya sendiri seolah sukar mempercayai pengalaman beliau. Dua peristiwa yang sangat ajaib,pertama bilamana dikerumuni oleh puluhan anjing yang dilepaskan ke dalam sel tahanannya. Selama beberapa minit anjing2 tersebut mencakar dan mengoyakkan kulit tubuhnya, dia tetap ‘lena’ dengan munajatnya kepada Allah. Hatinya waku itu benar2 teguh dan yakin kepada Allah. Anehnya apabila dikeluarkan anjing2 tersebut,sedikit pun tiada kesan luka pada tubuh beliau. Subhanallah. Keduanya adalah ketika dua orang askar yang dimasukkan ke dalam bilik tahanannya dan diarahkan supaya merogol beliau. Dengan kudrat beliau yang sedemikian lama diseksa,setiap hari disebat dengan beratus2 sebatan oleh taghut namun masih mampu menerkam dan menggigit leher kedua askar tersebut yang akhirnya meninggal dunia. Hanya dengan kalimah “Allahu akbar” manusia yang buas akhirnya boleh tewas kepada seorang wanita yang lemah. Subhanallah.

Zainab Al-Ghazali adalah suatu contoh seorang yang sangat hebat pengabdian dan ibadahnya kepada Allah,sehingga dikurniakan karamah yang sedemikian rupa. Sebelum ditahan dan dimasukkan ke penjara,beliau merupakan seorang pejuang Islam yang amat hebat dan aktif. Menghidupkan jemaah muslimat dan menganggotai Ikhwan. Memenuhkan hari2nya dengan kerja Islam dan dakwah kepada Allah. Lupakah kita kepada kata2nya yang dilontarkan kepada sang suami , “hidupku adalah untuk perjuangan Islam”. Satu syarat yang tegas untuk dijadikan isteri.

Persoalan dan contoh yang cuba saya ungkaikan membawa titik temu yang sama. Iaitu jiwa sufi tidak mungkin dapat dipisahkan dengan fikrah haraki. Begitu juga sebaliknya. Yang menjadi kesalahan adalah apabila terlalu berat sebelah, seperti taksub kepada aliran sufi dan meninggalkan gerak kerja Islam. Sebaliknya juga merupakan suatu kecacatan apabila terlalu sibuk dengan gerak kerja Islam tetapi ibadah terabai. Hubungan dengan Allah jadi longgar. Akhlak tidak diperkasakan dengan ciri2 mahmudah dan sebagainya. Usaha untuk melengkapkan dan menyeimbangkan keduanya perlu sentiasa diberikan perhatian serius. Di sinilah peri pentingnya ukhwah. Diwaktu kita lagha ada yang mengingatkan. Diwaktu kita sedar kita pula ingatkan yang lain.





Tok Guru Nik Aziz adalah satu contoh seorang mujahid yang memiliki jiwa sufi dan fikrah haraki. Tidak pernah lagha dengan bergelak ketawa dan bercakap yang sia2. Tidak suka melawak sehingga berlebih2an. Sangat menjaga pemakanan,muamalah dan pemakaian. Begitu juga dalam bab ibadahnya, qiamullai adalah perkara yang tidak pernah ditinggalkan. Dalam masa yang sama beliau adalah seorang Menteri Besar sebuah negeri yang dilabelkan sebagai serambi makkah. Mentadbir negeri sebagai orang nombor satu dalam jangka masa yang bukan sekejap. Biar apa pun dugaan akhirnya semua orang mengakui bahawa kehebatan Tok Guru tidak boleh dipertikai lagi. Seorang sufi haraki yang menjadi idola ramai pejuang.

Tidak hairanlah sekiranya beliau senantiasa menekankan tauladan seorang Khalifah zuhud lagi wara' bernama Umar bin Abdul ‘Aziz. Sufi haraki..itulah jiwa mujahid sejati.

4 comments:

muhammad al-mahdi November 19, 2008 at 2:57 PM  

salam ukhuwah akhi, ana tertarik dengan rencana Nta, ana seorang yang beraliran sufism (syazuli), ana juan beljr dengan habaib dari hadrami (yamen), namun ana tetap mengikuti manhaj Ikhwan dalam berdakwah,oleh itu ana byk mendekati tokoh2 ikhwan spt: Fathi Yakan, Abdul majid zandani, dll... ana sangat tertarik dengan kesamaan fikrah kita dalam berjuang sufi-haraki kenalah seimbang...syaitan sgt pandai menipu mereka yang inginkan taqarrub ila Jalla wa Azza dengan mengetepikan soal perjuangan....ana sangat tertarik dengn dakwah para habaib dan pejuang ikhwan, jua manhaj tabligh dan jamaat islami...
ada eloknya jika kita banyak berhubung bagi menyambungkan rantai ukhwah dan kelangsungan dakwah muhammadi... salam perjuang dari :

Al-Haqir ila AL_QADIR
jejak Sufi...

Laman Ilhamku March 17, 2009 at 8:48 PM  

slm ukhwah..
ana sambut baik..moga2 segala niat baik dan suci kita dalam perjuangan diberikan ganjaran oleh Allah ta'ala..
syukran :)

SeRiKaNDi_uMaR93 January 16, 2011 at 9:29 AM  

salam... alhamdulillah, baru hari ini ana tahu jawapannya... beberapa bulan sudah, ada seoramg ikhwan yang berdebat dengan ana mengenai ini, dia katakan,.,,,buat apa berjuang secara poltik ni... kita patutnya lebihkan perjuangan hati ini, tarbiyah hati dan dia berikan contoh habib-habib yang tidak terlibat dalam politik ni, dan dia katakan kancah politik blh menyebabkan kita rosak... jadi, ana kelu untuk beri jawapan, setelah sekian lama... dapat juga jawapan... orang sudah salah faham erti perjuangan...

hafizquran January 16, 2011 at 9:57 AM  

serikandi umar :

wslm.takrifan haraki sebenarnya sgt subjektif.angkat pedang di medan perang pun haraki,menulis pun haraki,mengajar kitab pun haraki.semua disimpulkan atas nama 'perjuangan'

perjuanga itu yang wajib. jika mereka bpendapat cukup dgn tasbih mereka shj mereka dapat masuk syurga Allah,nyata sekali mereka telah ditipu oleh syaitan.

moga Allah thabatkan kita ats perjuangan

Archive Blog