Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

18 July 2008

yang lebih buas


apakah yang dapat anda saksikan dalam gambar di atas?
hanya seekor singa yang ganas..kan..

ada sesuatu yang terselit dari gambar seekor binatang buas.binatang ini cukup menakutkan..malahan bukan calang2 orang yang mampu menghadapinya.secara umumnya,manusia akan mengatakan bahawa ia sangat buas-bermaksud liar,jahat dan licik.

tapi,1400 tahun dahulu,Nabi s.a.w pernah mengingatkan kita dengan sesuatu yang lebih jahat.lebih liar.lebih licik dan buas.sabda Baginda ; " makhluk yang paling buas adalah yang berada di antara dua rusukmu.." ..iaitu NAFSU..

mengaitkan nafsu dengan binatang seperti singa hanyalah untuk dinisbahkan kepada buas dan jahatnya kedua2 makhluk in i sahaja.singa meskipun ia buas dan liar,tetapi ia seribu kali lebih baik jika dibandingkan dengan buas dan liarnya sang nafsu.

kenapa?cengkaman seekor binatang buas hanya akan melukakan kulit yang zahir sahaja,tetapi cengkaman nafsu yang buas bisa merobek dan menjahanamkan roh sesuatu umat.

terlintas di fikiran..mengapa akhir2 ini terlalu banyak perkara pelik berlaku.terlalu teruk dan sangat teruk.baru2 ini sahaja,kita dikejutkan dengan berita - seorang bapa sanggup mengurung anaknya selama 8 tahun,sejak anaknya masih kecil,untuk dijadikan pemuas nafsunya.sehingga sanggup memaksa anak tersebut menonton vcd lucah bersamanya sebelum melakukan perbuatan terkutuk tersebut.berulang2 kali sehingga bertahun2 lamanya.

sebelum daripada ini,kisah yang tidak kurang hebatnya-enam jahanam.dalam satu keluarga semuanya membaham sesama sendiri.babi pun kenal anak dan ibu.singa yang buas pun kenal ayah dan anak.tapi keluarga tersebut sudah tak layak lagi diletakkan setaraf dengan manusia..

sebelum2 ini,didedahkan kegiatan siswi2 menjual tubuh untuk tampung belanja universiti.belum kira lagi yang jual body dan sukarela jadi sugar daddy datuk2 yang kaya raya.ini bukan cerita masa datuk nenek kita dulu..ini cerita zaman kita sheh..

sebelum3 ni juga,kes remaja lesbian dan tomboy,juga bahana homoseks yang semakin menular..membimbangkan masyarakat.akhbar dua hari lepas pula,bertajuk 'kami cari syurga dunia'..sekumpulan remaja melakukan pesta seks sehingga ada diantara mereka,adik2 berusia seawal 13 tahun..turut sama terlibat.13 tahun sudah buat hubungan seks..?! kenapa..ini 'zaman kita' kan..masa mak nenek kita dulu ada dengar ke..

sebelum2 ni juga..sampailah hari ini..isu remaja2 berzina,ditangkap khalwat,skandal dan macam2 lagi seolah dah tak larat nak ditelan..
isu remaja tengok vcd lucah usah dicerita,sebab hakikatnya remaja yang jadi tukang edar vcd tesebut jauh lebih ramai!

terlalu banyak untuk disenaraikan.tetapi sama2lah kita fikirkan.itulah bahana nafsu yang tidak dapat dijinakkan.tidak dapat ditewaskan.hakikatnya,kesan tewas kepada cengkaman nafsu sedemikian lebih parah dan dalam lukanya berbanding tewas kepada robekan singa yang buas-sekalipun meragut nyawa.

buasnya singa,hanya membawa kepada mati.sakitnya hanya setakat di dunia.tapi buasnya nafsu..sakitnya dunia dan akhirat..saat laungan yang tidak putus2 bergema di dalam jahannam..

sepatutnya,kita lebih takutkan nafsu daripada binatang yang buas.

0 comments:

Archive Blog