Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

18 July 2008

konvo akhirat

Seminggu lagi konvokesyen diploma akan menjelma.namun aku masih dalam dilema.awalnya bagi aku senang saja..aku dah pun putuskan untuk tidak hadir konvo tersebut.
namun apabila melibatkan ibu bapa,susah juga.tak pegi pun tak kena..nak pegi banyak pula kerenahnya.sbenarnya aku fikirkan mereka yang sudah kurang tenaganya..nak pegi sane bukan dekat.

itulah susahnya ayahku.dia pantang menerima pandangan orang.baginya,dia boleh buat semua itu sendiri.dia sanggup untuk drive ke sana walaupun aku sebenarnya boleh drive.tapi dia tak bagi.lagi pula aku kena pegi sana lebih awal.

aku termenung sendirian.apalah yang ada di majlis konvokesyen bagi orang seperti aku.lainlah dengan teman2ku yang pastinya gembira meraikan kejayaan mendapatkan 'diploma tahfiz'.aku pula bukannya baru menamatkan hafazan disitu..bahkan dah bertahun lamanya khatam quran.terkadang terasa tiada persaingan yang sihat pula terhadap mereka..
cuma mungkin suatu yang boleh diraikan-dengan pangkat imtiyyaz yang aku dapat.boleh berada dibarisan hadapan dan antara orang awal menerima segulung diploma.


aku sebenarnya kurang bersemangat untuk menghadiri majlis tersebut.namun pesan seorang sahabat..sekurang2nya raikanlah untuk diri sendiri.kejayaan sedemikian adalah hasil usaha diri kita jua..

hm..benar katanya.dalam diam aku mengucapkan sebesar2 syukur kepada Yang Maha Memberi.betapa besar ujian dan dugaan sewaktu aku bergelar pelajar DQ dahulu..jua betapa getir setiap cabaran yang datang waktu berhadapan final exam..Alhamdulillah,hari ini segalanya seolah terbalas..walaupun tidak secemerlang yang aku harapkan..

cuba fikirkan..
manusia seringkali bergembira dengan kejayaan sedemikian.tapi alangkah bahagianya jika konvokesyen itu berlaku di alam sana.seusai dihisab di mahkamah Allah ,mendapat segulung kejayaan dengan tangan kanan..dan menjadi antara orang terawal memasuki jannah Allah ta'ala..tentunya lebih besar kejayaan yang akan diraikan..

tidak salah meraikan konvo kita di dunia..tapi tanamkanlah cita2 untuk meraikan konvo kita di akhirat jua..mudah2an cemerlang kita bukan setakat di dunia..Insya Allah..

1 comments:

azlin August 9, 2008 at 5:02 PM  

salam ukhwah...
terharu bile bace luahan ati ni..
leh menginsafkan n leh build kesedaran dlm diri ni..
congrat coz dpt imtiyaz baru2 ni..
hopefully..kejayaan ni dpt jd inspirasi tuk bangsa kite mencintai Al-Quran..
..elin...

Archive Blog