Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

18 July 2008

kaedah dan strategi



Dalam kaedah ilmu persilatan melayu,kita diajar supaya mempertahankan diri dengan segenap kekuatan yang kita ada.pertama sekali pastinya dengan kaedah2 persilatan melayu yang kita pelajari.namun andainya usaha itu dilihat kurang berhasil,bolehlah kita gunakan ilmu kebatinan-bagi yang belajar.sekiranya tiada,dan keadaan pula mendesak,pastinya kita akan mengalami jalan buntu.tambahan pula apabila menghadapi musuh yang ramai dan bersenjata.
lantas,cara yang paling sesuai adalah membuka langkah..yang lebih dikenali sebagai 'langkah seribu'..cabut lari la..apa lagi..

cabut lari ataupun istilahnya 'berundur' bukanlah bererti kalah.ya,berundur bukan bermakna takut atau mengaku kalah.tetapi bagi seorang pendekar,berundur adalah cara terbaik untuk menyusun langkah.kemudian barulah kembali mengatur serangan.

itulah jiwa seorang pendekar..tidak mudah mengaku kalah,tidak juga terlalu tergopoh gapah.sememangnya,apabila kita berada dalam keadaan yang kelam kabut,kelemahan kita akan semakin mudah diintai oleh pihak musuh.tetapi jika kita bijak menduga,cekap mengatur kembali pernafasan dan mencongak strategi..tidak mustahil keadaan akan menyebelahi kita..dan musuh dengan mudah akan dapat ditewaskan.

hm..itulah pengajaran dari ilmu persilatan.tidak jauh bezanya dengan percaturan hidup secara realitinya.kadang2 perlu mengasak maju,kadang2 perlu berundur dahulu.
berfikirlah dengan lebih tenang dan matang,pastinya musuh sebesar gorila akan menjadi sekecil kucing.

ingat kata tok guru..'berundur bukan bererti tewas'.

0 comments:

Archive Blog