Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

18 July 2008

apa pada mereka


Dalam kehidupan asas manusia,pastinya tidak akan dapat mengelak daripada pelbagai suka dan duka.segala pahit manis itu akan dirakam dalam catatan melalui sebuah 'cerita'.

antara cerita yang tidak pernah terlepas dari mulut manusia adalah tentang ibu dan bapa.dari kecil memanggil nama mereka..sampailah mereka ke liang lahad pun masih kita memanggil mereka.dalam setiap doa kita pun pasti akan ada 'slot' untuk mereka.hm..istimewanya mereka.

persoalannya bukanlah kewajipan yang difardukan ke atas kita supaya mentaati mereka.bahkan sememangnya setiap insan itu fitrahnya akan menyayangi dan merindui ibu bapa mereka.fitrah yang diciptakan oleh DIA bukan kita.

bagi mereka yang mempunya ibu bapa yang penyayang,memahami,mengambil berat tentang mereka,ianya adalah satu rezeki dan nikmat tidak terhingga yang dikurniakan padanya.sewajibnya ia disyukuri.
namun tak semua orang berada dalam keadaan sedemikian.bagi yang punya ibu bapa tetapi kurang bernasib baik dari segi kasih sayang dan perhubungan sesama mereka,ianya adalah satu ujian paling besar dan getir dalam hidup mereka.bagi yang 'mampu' untuk berfikir dengan mata hati,mereka akan merasakan bahawa ini adalah 'nikmat ujian' dan akan redha menerimanya..

sebagaimana kisah yang berlaku di zaman Nabi Musa a.s : seorang lelaki sanggup untuk menjaga dua ekor khinzir setiap hari.paginya memandikan,kemudiannya disuapkan makanan,dijaga dengan baik dan kemudian malamnya ditidurkan.Subhanallah.apabila ditanya mengapa dia memperlakukan kedua2 ekor binatang haram itu dengan sebegini baik,maka jawabnya ; kedua ekor khinzir itu adalah ibu bapaku.mereka telah dihukum oleh Allah disebabkan sesuatu kesalahan.namun kewajipanku pada mereka tetap aku laksanakan..

pengajarannya adalah,kita diminta berbuat baik kepada mereka bukanlah kerana mereka maksum disisi Allah.bahkan mungkin saja ketaqwaan kita lebih tinggi daripada mereka.tetapi hanya disebabkan mereka yang menjadi asbab wujudnya kita.sekurang2nya kesusahan mereka waktu melahirkan dan membesarkan kita patut dihargai.

cuma,persoalan perlakuan mereka dan apa yang mereka lakukan,tetap perlu ditimbang dengan neraca syara'.betul pada syara'..taatilah.bertentangan dengan syara'..jangan sekali2 diikut sebaliknya hindari dan nasihatilah mereka seberapa terdaya.

bukankah kisah Nabi Ibrahim a.s dengan ayahnya cukup untuk dijadikan panduan.renungi dan fikirkanlah bagaimana keadaan Nabi Allah tersebut..berlembut dengan bapanya dan dalam masa yang sama menentang dengan keras segala pengabdian diri kepada thagut yang dilakukan oleh ayahnya.

hm..hidup untuk diuji.hidup untuk bermain dengan teka teki dan silangkata.hidup untuk berjuang diatas tali yang halus dan panjang.hidup untuk bertatih diatas jalan yang berduri tetap dikelilingi sejuta kenikmatan.

seribu satu kata mampu untuk mentafsirkan hidup..jadi bijak2lah menghadapi..

0 comments:

Archive Blog