Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

10 February 2008

Wabak Z.I.N.A rosakkan minda

Kebebasan adalah sesuatu yang dicari oleh manusia,tetapi seringkali kebebasan membuatkan manusia terbabas,terutamanya golongan remaja yang baru mengenal dunia.Bebas daripada ikatan agama,sehingga menjadi seperti haiwan yang bebas tanpa kawalan,membujur lalu melintang patah.

Kehidupan remaja yang sebegini amat dibimbangi.Remaja adalah harapan segalanya,harapan agama,harapan bangsa dan harapan negara.Baik remaja,maka cemerlanglah masa depan negara.Buruk remaja,maka usahlah diimpikan negara yang cemerlang,gemilang dan terbilang.

Bebas dalam pergaulan amat dibimbangi.Lelaki dan perempuan,apabila tidak mengikut peraturan dan batasan yang ditetapkan oleh Islam dalam pergaulan,maka akibatnya akan terjerumus ke dalam zina dan maksiat.

Berhubung lelaki dan perempuan sebenarnya dibolehkan di dalam Islam,tetapi terhad kepada sesetengah perkara sahaja.Seperti untuk belajar,berbincang dan membuat sesuatu urusan yang tidak menyalahi syara’.kerana itu Islam telah lengkap menunjukkan jalan dan batasan yang ditetapkan di dalam Islam,yang mana tidak akan membuatkan manusia terkeluar daripada landasan syariat.

Sememangnya semua perkara yang melampaui batas adalah perbuatan yang tercela.Perbuatan zina seakan2 wabak yang menyerang minda sesetengah remaja yang menganggap ianya soal peribadi.

Dosa aku,aku tanggung.kubur masing2.jangan jaga tepi kain orang.berbagai2 lagi hujah dan kata2 yang dilontarkan oleh remaja supaya urusan mereka yang dianggap ‘peribadi’ itu tidak tergaanggu.

Zina ertinya melakukan hubungan kelamin tanpa ikatan yang sah.tanpa hubungan perkahwinan yang sah.hukumnya adalah berdosa besar.sepertimana tersebut di dalam surah al-isra’.Allah ta’ala menyebut “dan janganlah kamu menghampiri zina..” Ayat ini diperbahaskan oleh Ulama’,kenapa Allah ta’ala tidak menyebutkan secara direct “janganlah kamu berzina”-menunjukkan kepada menghampiri perbuatan zina itu sudah menjadi perkara yang haram dan ditegah-apatah lagi untuk melakukannya.di dalam ayat tersebut juga,Allah ta’ala menggunakan perkataan ‘jangan’ dengan fi’il amar-yang membawa maksud tegahan wajib dan melakukannya haram-sebagaimana disepakati oleh Ulama’.

Menurut hukum Islam,pasangan yang berzina wajib disebat sebanyak 100 kali rotan jikalau penzina itu belum berkahwin,manakala hukuman rejam sampai mati ke atas mereka yang telahpun berkahwin tetapi masih melakukan zina.menurut kajian,hikmah daripada ditetapkan sebatan 100 kali itu adalah dapat menghilangkan kuman yang lahir hasil daripada hubungan zina yang dilakukan.

Hukuman ini berkuatkuasa walaupun pasangan melakukannya hanya sekali sahaja.di dalam kitab Zabur diceritakan,orang yang berzina kelak akan digantung kemaluannya di dalam api neraka dan dipukul dengan rantai besi daripada api neraka.di dalam riwayat yang lain pula ada dinyatakan,kemaluan orang yang berzina kelak akan dibakar dengan api neraka dalam keadaan bernanah dan berapi,serta akan dibesarkan kemaluannya sebesar bukit uhud.Bukit Uhud adalah sepanjang sejauh Sembilan kilometer.betapa berat dan azabnya seksa yang dijanjikan oleh Allah ta’ala kepada mereka yang lekaukan zina.

Perkara yang wajib dihindari bukan sahaja penzinaan yang disebutkan tadi,tetapi juga perkara2 yang membawa kepada zina.Islam adalah suatu agama yang relevan dan praktikal.bukan hanya menumpukan isu rawatan tetapi terlebih dahulu menunjukkan jalan pencegahan.Sabda Nabi saw : “mencegah itu adalah lebih baik daripada mengubati”.

Berdua2 duaan dengan pasangan yang bukan mahram hukumnya adalah haram.samada berduaan di dalam kereta,di dalam rumah,menaiki motor dengan saling rapat merapati ataupun berduaan di dalam telefon sehingga membangkitkan syahwat-juga adalah haram.Di dalam suatu Hadith disebutkan,apabila lelaki dan wanita berduaan maka tentera2 Iblis dan syaitan laknatullah akan mengerumuni mereka untuk menggoda dan memujuk mereka melakukan maksiat.

Sabda Nabi saw : “Dua mata berzina ( saling bertentang mata ),telinga berzina ( mendengar pujuk rayu dan menaikkan syahwat ),lidah berzina ( bercakap perkara lucah dan maksiat ),tangan berzina ( berpegangan tangan dan meraba2 ),kaki berzina ( melangkah ke tempat maksiat atau dating ),hati juga berzina ( berkeinginan dan berkhayal kepada seks ) dan yang membenarkan kepada semua itu adalah zina kemaluan.”

Apabila nafsu sudah ditawan oleh syaitan yang digelar al-maluun,maka manusia tersebut akan menjadi bodoh dan dungu.akal sudah tidak lagi berfungsi lantaran iman tiada lagi untuk menegur.jika terdetik di hati akan dosa maka akan diterjah dan dicampak keluar bisikan tersebut,akhirnya iman terkeluar dan hilang .Maka jadilah manusai tersebut ibarat kereta tanpa haluan,akhirnya akan terbabas dan musnah.

0 comments:

Archive Blog