Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

13 February 2008

erti sebuah kebenaran..

Terpanggil untuk mencoretkan sesuatu di sini.bagi aku,ia perlu bagi mereka2 yang tidak mengenaliku.terlebih dahulu..salam ta’aruf ^_^

Sebenarnya aku seringkali mendengar komen ini semenjak dahulu lagi.iaitu aku seorang yang pemarah,panas baran,ego dan yang sewaktu dengannya.Alhamdulillah,aku terima sebagai setiap manusia mempunyai keburukan dan kelemahan.begitu juga aku.justeru,semua orang mengharapkan teguran bagi memperbaiki kelemahan masing2...so memang patut sangatlah aku berterima kasih terhadap mereka2 yang sudi menegurku.aku pasti,teguran mereka adalah untuk melihat aku lebih positif..insyaAllah..

Dulunya,aku akui sikap tersebut amat kuat dalam diriku.semenjak kecil aku mempunyai sikap baran..dengan kawan sekolah rendah-seringkali bertumbuk dan ‘bergomol’ seusai waktu pengajian dan sementara menunggu ketibaan parents masing2.hatta dengan kawan yang perempuan-pun aku pernah bergaduh.sehingga bajunya berbekas tapak kasutku..masih ku ingat saat itu ^_^ .. dengan abangku yang sulung,juga begitu.hanya kerana sedikit hal,mula ‘bergomol’ dan selepas itu tengoklah baju siapa yang koyak..

Bila meningkat remaja,sikap itu masih kuat dalam diriku.cumanya aku tidak lagi bergaduh atau bertumbuk ,lantaran aku tergolong dalam kategori ‘budak baik’.dilantik pula sebagai pengawas.oleh kerana prestasi hafazanku agak bagus,maka aku dikenali oleh guru2 dan ustaz2.so,semakin lama aku semakin baik.diperbaikkan oleh suasana.Alhamdulillah..

Namun sikap baranku masih ada.cuma mula belajar ‘bertempat’.kelemahanku waktu itu,aku mudah angin dengan perangai budak2 yang tak pandai hormat orang tua.maklumlah,budak bawah umur.bukan sekali dua aku pukul budak sampai nangis.sebenarnya,’pukul’ 2 bukanlah melambangkan aku ni ganas (ganas ape siap ramai adik angkat lagi..^_^ ) pukul 2 hanya sekadar tumbukan di bahu atau kilas tangan sahaja.tapi sampai budak tersebut nangis ..pernah satu ketika,seorang pelajar ditangkap kerana mencuri.bila dibawa ke “bilik gelap”, akulah yang paling ‘berperanan’..

Tapi itu dulu,waktu yang aku rasa diriku cukup naïf . waktu duniaku bukan seperti sekarang.ditakdirkan Allah aku dipilih belajar di Darul Quran, berpeluang pula merasai tarbiyyah.aku rasa cukup bersyukur.sebenarnya,bila aku fikir kembali,di sini aku banyak berubah berbanding dulu.terutama sikapku.disebabkan aku mula mengenal tarbiyyah.aku mula belajar merendahkan ego.aku mula belajar menjadi penyabar.semuanya bermula dari tarbiyyah yang aku terima di sini,dari abang2 yang terdahulu dari aku.di sini,aku sedar tentang banyak perkara..

Andainya aku masih seperti dulu,aku kira tak mungkin aku mampu bergaul dan bergurau dengan sahabat2ku seperti sekarang.tak mungkin aku boleh menjadi exco pelajar.tak mungkin aku dapat dihormati oleh adik2 di sini.tak mungkin aku boleh bersabar dengan kritikan2 orang..dan paling tak mungkin aku boleh bekerja dengan muslimat.bayangkan waktu dulu,pelajar muslimat di sekolahku dulu melabelkan aku sebagai “budak syadid” - yang bermaksud seorang yang garang dan serius..tapi,muslimat kat sini pun ada juga yang label aku gitu..^_^

Pokoknya,aku sebenarnya banyak berubah dari segi sikap dan keegoanku.namun,siapalah aku untuk menghilangkan semuanya dalam sekelip mata.atas kesedaranlah aku berubah.atas kesedaran bahawa aku tidak patut bersikap sebegini.lantas aku cuba untuk berubah.setiap kali darahku naik,aku cuba untuk kawal.setiap kali aku ingin kembali kepada sikap lama,aku ingatkan diriku sendiri.Alhamdulillah,sedikit sebanyak aku berjaya.dan bayangkan..aku lalui perubahan itu tanpa seorang pun memberi galakan ..

Puncanya,kerana aku dilihat masih belum berubah secara zahirnya.sebab ? aku masih lagi memiliki rupa yang serius.aku tak memiliki wajah manis yang sentiasa tersenyum seperti sahabat lain.masyaAllah,aku beristighfar berkali2.tiada siapa yang tahu betapa kecewanya aku di saat menerima kritikan2 begitu.bukan aku tidak boleh terima,tetapi bayangkanlah dengan sedikit motivasi yang aku ada untuk terus berubah dan perbaiki diri,kata2 sebegitu yang kerapkali aku terima.(sebenarnya banyak kata2 tersebut datang dari muslimat..)

Pernah aku mengadu kepada seorang kakak senior disini.dan masih aku ingat kata2 kak fasihah yang memberi semangat padaku.. “Enta tak boleh mengalah dengan kritikan orang terhadap enta.enta boleh jadi diri enta sendiri,cuma sikap sahaja yang perlu diperbaiki.kalau enta nak jadi macam akak,siapa nak jadi diri enta.kena terima,setiap orang ada identiti masing2…”

Selepas itu aku sedar,aku punya keistimewaan tersendiri.dengan perwatakanku yang seringkali dikomen “serius”, “garang” dan “bekeng”, aku rasa semuanya mempunyai hikmah padaku.salahkah aku berwatak serius, kerana ini adalah aku.walaupun zahirnya aku kelihatan serius,tapi aku rasa belum pernah aku tengking orang tanpa sebab.apatah lagi melenting tak pasal2.paling teruk,kalau aku marah atau mood tak baik,aku diam dan memang akan jelas kelihatan di wajahku yang aku tengah moody..

sejenak aku tersenyum bila teringat kata2 sahabatku,hafizan. " fiq,ana pelik la kenapa orang cakap enta ni garang..ana rasa enta ni lawak je.tak garang langsung....^_^ ” .. sebenarnya,itulah nilaian dari orang yang rapat denganku.yang sering bergurau dan tau siapa diriku yang sebenar..

Bagi aku,memang aku perlu banyak berubah.aku perlu banyak memperbaiki kelemahan yang ada pada diriku.tapi,pantang bagiku menggadaikan prinsip.selagi ia tidak bertentangan dengan agama.Saiyyidina Umar sendiri seorang yang garang dan bengis .. tapi semuanya disalurkan kepada tempat yang sepatutnya.

Teringat kata2 ibuku,selepas terjadinya satu peristiwa yang cukup pahit untuk dikenang.waktu itu,belum pun seminggu Aidilfitri berlalu.aku masih ingat kipas meja yang hancur gara2 kemarahan ayahku.dan aku masih ingat saat aku melangkah berhadapan dengannya..dan keadaan menjadi kelam kabut.padah yang terjadi akibat enggan mengalah.ibuku memujuk..katanya,kalau aku masih begini,bagaimana nanti nasib isteriku apabila aku berkahwin.aku ingat kata2 itu,dan waktu itu sebenarnya aku sudah banyak berubah.cuma,untuk sesetengah orang ..ia masih sukar..

Bagi yang belum mengenaliku,aku hulurkan salam perkenalan.tidak rugi aku menerima teguran dan kritikan membina dari kalian.cuma yang aku pinta,nilailah dari secebis nurani.sikapku begini lahir dari latar belakangku yang nyata berbeza dari kalian.aku hidup bukan sepertimana hidup kalian.keluargaku bukan sepertimana keluarga kalian,begitu juga dalam hal kasih sayang,bukan sepertimana yang kalian dapat..namun janganlah kalian menghukum aku sebagai seorang yang allergic dengan kritikan dan enggan berubah.untuk apa meminta teguran andai hanya bersifat retorik.tegurlah,komenlah,kritiklah,tapi biar berasas dan membina.andainya tidak,janganlah diriku pula dipersalahkan.aku tetap seorang yang setia dengan kebenaran dan pantang berundur..^_^

Maksud daripada hadith Nabi saw : “ la taghdhab ”(jangan kamu marah) >
Kata Imam Syafie ; sekiranya ada orang membuat seseorang itu marah,kemudian ia tidak marah,maka ia adalah himar@keldai.maksud daripada Hadith tersebut adalah ; " jangan tunaikan kemarahanmu."

hafizquran say's

sifat marah dan ego wujud pada setiap manusia.bergantung kepada kita la untuk mengawalnya.tapi jika kena pada tempatnya,ia boleh memberikan kredit kepada kita.hm..rupa beginilah yang sering dikomen 'serius' dan 'garang'..

anyway..don't judge the book by its cover..^_^

4 comments:

Anonymous April 22, 2009 at 1:48 AM  

salam...melihat kepada apa yang diceritakan saya rasa nta seorang yang baran tapi apabila melihat gambar nta bersama murid-murid yang masih kecil dan comel tu...InsyaAllah baran yang ada dalam diri nta akan hilang. sebab saya dapat lihat rasa kasih sayang nta terhadap anak-anak kecil tu..

ASRAR7 April 23, 2009 at 9:20 AM  

salam perkenalan...
sy yakin ust boleh jd yg terbaik..tak dikatakan ego bila seseorang itu mampu mengatakan dirinya ego dan baran..biasanya, org ego takkan mengaku dirinya ego..cume, sikap baran itu perlu diingatkan dlm diri..agar dpt dikawal ketika ia cuba menguasai diri..SEMOGA ALLAH BERKATI SGL USAHA, IKTIAR DAN OERUBAHAN USTAZ..INSYA ALLAH..

muj_akhirah July 21, 2009 at 3:41 AM  

a touching voice from the heart of yours.but the message of d touched story is still clear for me 2 understand..didikan dari biah al-Quran is so miracle.u've changed a lot. baca Quran & hafal shj x cukup utk berubah tapi kengkawan dan pengalaman hidup itu tarbiyyah yg paling berkesan.Maha suci Allah yg mencaturkan hidup kita sebegitu & sebegini..segalanya ada hikmah. TAHNIAH krn berjaya utk berjuang..berjuang utk berubah.
tapi sbnrnya tegas & garang utk jadi mu'allim bidang quran saaangat la perlu.klu x garang..maunya tajwid dlm bacaan tercampak entah ke mana,kan?

syairah August 25, 2009 at 12:18 AM  

siru 'ala barakatillah...

anda tahu siapa diri anda

Archive Blog