Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

12 February 2008

bermu'amalahlah dengan cara yang ma'ruf

Jika anda ingin bermuamalah dengan cara yang baik dan sopan, maka ikutilah petunjuk-petunjuk ini :

1. Hadapilah kawanmu atau musuhmu itu dengan wajah yang menunjukkan kegembiraan dan kerelaan serta penuh kesopanan dan ketenangan. Jangan sekali-kali kamu menampakkan sikap angkuh, sombong dan berasa tinggi diri. Rendahkanlah dirimu tapi bukan kerana perasaan kurang harga diri. Dalam segala hal, letakkan menurut ukuran yang pertengahan, sebab sesuatu yang berlebihan itu pasti adalah tidak baik dan tercela.

2. Jangan gemar melihat di sekelilingmu, kanan atau kiri. Jangan pula banyak menoleh ke mana-mana
( melilau-lilau ). Jangan pula terlampau tajam memandang orang lain. Jikalau engkau duduk, maka janganlah seolah-olah sebagaimana orang yang tidak tenang duduknya atau seperti duduknya orang yang gelisah.

3. Usahakanlah supaya dudukmu itu sentiasa tampak tenang, kata-katamu selalu teratur dan tertib. Dengarlah hati-hati percakapan orang yang ada di hadapanmu, tanpa menunjukkan kehairanan yang amat sangat. Jangan pula engkau biasa meminta orang lain mengulangi perbicaraannya. Jikalau ada hal-hal yang melucukan dan menimbulkan ketawa, maka diamlah secepat mungkin.

4. Janganlah dalam bercakap-cakap itu engkau membanggakan dirimu sendiri, anak-anakmu, rambutmu, karangan-karanganmu atau apa sahaja yang engkau anggap suatu keistimewaan yang ada dalam dirimu atau keluargamu.sebaliknya bersikaplah merendah diri.

5. Jikalau engkau berdebat, maka pegang teguhlah dengan kesopanan. Janganlah engkau dianggap manusia yang bodoh dan tolol oleh orang lain, terutama oleh lawanmu. Jauhkanlah dari sikap tergesa-gesa, fikirkanlah masak-masak hujah atau bantahanmu. Jangan sesekali berisyarat dengan menggunakan tangan dan jangan pula suka menoleh ke belakang.Jikalau engkau sedang marah, maka diamlah terlebih dahulu dan setelah reda kemarahanmu,ucapkanlah isi hatimu dengan baik.



hafizquran say's




sahabat2..inilah sebahagian daripada adab2 yang telah digariskan oleh Imam Ghazali di dalam kitabnya Mau'idhzatul Mu'minin.tujuan ana letakkan adalah supaya kita dapat sama2 jadikan panduan,terutama sekali tentulah bagi ana sendiri.mudah2an laman ini tidak menjadi wasilah kepada muamalah yang tidak baik...sama2lah kita saling tegur menegur dengan cara yang ma'ruf..
salam Ukhwah..^_^

0 comments:

Archive Blog