Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

12 February 2008

antara CINTA dan SEKSUAL


“Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kamu mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami).”> Surah al-Zariat, 49:51

“Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu, dan Dia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang hati dan hidup mesra yang satu kepada yang lain….”> Surah al-A’raff, 7:189

Kata-kata Saidina Ali r.a.:

“Sesungguhnya yang aku khuatiri terhadap anda hanyalah dua perkara iaitu panjang angan-angan dan mengikut hawa nafsu. Kerana sesungguhnya panjang angan-ngan itu akan melupakan akhirat sdangkan mengikut hawa nafsu akan menghalang dari kebenaran..”

Cinta Merupakan Realiti atau Sekadar Khayalan?

Al-Ashmu’i pernah bertanya kepada seorang A’rabi tentang “Al-‘Isq” (keterpikatan). Ia berkata: “Demi Allah, sesungguhnya sebuah cinta teramat agung untuk dapat dilihat. Ia luput dari penglihatan manusia, ia ada di dalam dada bersemayam sebagaimana api bersemayam dalam batu. Jika dinodai ia akan membakar, dan jika dicuba untuk ditinggalkan ia akan selalu membayangi.”


Antara Cinta dan Seksual

Cinta dan seksual adalah perkara yang berbeza, sekiranya kita mengatakan 'cinta = seks.' Ia boleh diumpamakan seperti kesukaan seseorang kepada semangkuk makanan. Apabila ia kenyang telah kenyang dengan semangkuk makanan. Apabila ia kenyang maka ia akan menyingkirkan makanan tersebut. Tetapi cinta akan terus kekal walaupun ia perolehi atau tidak keinginan seksual dari yang dicintai.

“Roh-roh diumpamakan seperti sebarisan tentera di medan peperangan, bilamana saling faham memahami akan terjalin kekuatan dan keharmonian dan bilamana saling berselisihan akan timbul permasalahan dan perpecahan.”

Padangan Para Ulama’ Tentang Cinta


Imam Muhammad Ibnu Daud Al-Zahiri:

Pandangan beliau bersandarkan kepada hadis Nabi Muhammad s.a.w. “Barang siapa yang jatuh cinta kemudian dia mampu menyembunyikannya, menjaganya dan memeliharanya maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga.”

Imam Ibnu Hazm:

Imam Ibnu Hazm menyandar pendapatnya dengan bersandarkan kata-kata Umar Ibn Khattab: “Seorang lelaki berkata kepada Umar Ibn al-Khattab, Wahai Amirul Mukminin, aku telah melihat seorang wanita kemudian aku jatuh cinta kepadanya.” Maka Umar menjawab, “Itu adalah termasuk sesuatu perkara yang tidak dapat dimiliki(dikawal).”


Imam Ibnu al-Jauzi

“Untuk pemilihan hukum dalam bab ini kita harus katakan, bahawa sesungguhnya kecintaan, kasih sayang dan ketarikkan terhadap sesuatu yang indah dan memiliki kesesuaian tidaklah merupakan hal yang tercela. Tetapi cinta yang melewati batas sehingga menguasai akal dan mendorong kepada maksiat itulah cinta yang terlarang.”

Imam Ibnu Qayyim

“Percintaan tidak secara keseluruhannya terpuji dan tidak pula tercela keseluruhannya. Akan tetapi terpuji dan tercela secara keseluruhannya bergantung dengan konteksnya.”


0 comments:

Archive Blog