Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

27 December 2007

Ape beza 'ajar' dan 'didik'?

Ana tertarik untuk menuliskan satu maudhu’ perbincangan,yang diharapkan dapat membuka mata segelintir masyarakat hari ini,yang mana masih kabur dalam melihat kebenaran.terlebih dahulu,suka ana ingatkan bahawa setiap kebenaran itu adalah datangnya dari Allah,bukan daripada manusia.manusia ataupun Rasul hanyalah selaku utusan dan penyampai kebenaran tersebut.

Firman Allah ta’ala ;

“ Sesungguhnya kebenaran itu adalah daripada Tuhanmu,maka janganlah kamu tergolong dalam golongan yang ragu-ragu ”( al-Baqarah:147 )


Justeru,lihatlah kepada kebenaran yang ingin disampaikan,bukanlah semata2 melihat kepada orang yang menyampaikan.kembali kepada tajuk,iaitu apakah perbezaan antara ajar dan didik?bagi sesetengah manusia,mungkin mereka menganggap bahawa keduanya adalah satu benda yang sama..ataupun mempunyai makna yang lebih kurang sama.

Pertamanya,marilah kita melihat kepada contoh ikutan kita iaitu junjungan besar Nabi s.a.w.Ana suka untuk mengutamakan Baginda sebagai contoh daripada contoh2 yang lain,kerana ana yakin bagi mereka yang benar2 mencari kebenaran pastinya akan menerima apa sahaja contoh yang dinisbahkan kepada Baginda s.a.w.Bukankah Allah sendiri mengiktiraf Baginda selaku ikutan,dengan firmanNya yang mulia ;

“Sesungguhnya bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang terbaik,bagi mereka2 yang mengharapkan Allah dan hari akhirat..”

Apakah baginda membawa ajaran atau didikan?

jawapannya,kedua2nya dirangkumkan oleh baginda.bukan sekadar hanya mengajar,yakni memberikan maklumat,tetapi mendidik yakni mengasuh jiwa dan hati.mengajar ataupun ta’lim maknanya kita memberi pengetahuan dan maklumat mengenai sesuatu perkara.inilah yang diajarkan dan dibawa oleh Baginda.Kita semua maklum,baginda datang dengan menbawa berita,bukan hanya berita gembira dengan adanya syurga tetapi juga dengan berita duka dengan adanya neraka.baginda mengajarkan kita,bahawa syurga adalah balasan bagi mereka yang melakukan kebaikan dan amalan soleh,manakala neraka adalah balasan bagi mereka yang ingkar dan melakukan kemaksiatan kepada Allah.

Nabi s.a.w menyampaikan semua maklumat di atas,yang mana dengan demikian itu manusia yang asalnya tidak tahu,lantas menjadi tahu.ini yang ana maksudkan sebagai mengajar.itu hanya antara sebahagian contoh yang kecil sahaja.banyak lagi contoh yang lain,antaranya Nabi mengajarkan mengenai rukun2 solat,bagaimana hendak melakukan taat,bagaimana hendak berzakat dan sebagainya.

Dalam masa yang sama,Baginda tidak mengabaikan aspek didikan yang disebut sebagai Tarbiyyah.inilah saudara kembar kepada Ta’lim.tidak cukup hanya sekadar tahu bahawa adanya syurga bagi yang melakukan amal soleh,tetapi lebih daripada itu adalah bagaimana cara sebenar melakukan amal soleh dan amal ubudiyyah yang lain untuk mendapatkan syurga.dengan kefahaman dan tarbiyyah,maka manusia menjadi lebih terdidik jiwanya,sehinggalah sampai kepada peringkat melakukan amal ubudiyyah kepada Allah hanyalah semata2 mengharapkan Mardhotillah,iaitu keredahaan Allah,bukan lagi mengharapkan syurga.

Malah bagi mereka yang benar2 menghayati Tarbiyyah yang dibawa oleh Baginda,pastinya menyedari bahawa amal ubudiyyah yang dilakukan dengan mengharapkan balasan syurga,adalah amalan yang bersifat 2nd class.ini yang ana maksudkan , kesan yang lebih besar adalah lahir dari tarbiyyah.contoh lain,adalah apabila manusia menerima tarbiyyah selepas daripada menerima ta’lim,contohnya mereka tahu bahawa neraka dan azabnya dijanjikan bagi mereka2 yang melakukan maksiat dan kemungkaran kepada Allah ta’ala,lantas mereka akan menjauhi maksiat-berdasarkan pengetahuan mereka tentang maklumat tadi.jelas,kerana takutkan neraka maka jauhi maksiat.

Tetapi,apabila mereka menerima tarbiyyah yang sebenar,jiwa mereka dididik dengan aspek ketuhanan ( rabbaniyyah ) yang kuat,iman mereka semakin ampuh,natijahnya mereka akan mencapai kepada peringkat menjauhi maksiat dan kemungkaran hanya semata2 kerana Allah ta’ala,malah sampai kepada tahap semata2 kerana kasih dan sayang kepada Allah ta’ala.

Ana cuba bawakan sedikit contoh sebagai mukaddimahnya,supaya dapat kita sama2 memahami perbezaan awal dan kaitannya antara ta’lim dan tarbiyyah-antara ajar dan didik.
Keduanya,marilah pula kita sama2 merenung kepada suasana tarbiyyah dan ta’lim di tempat kita sendiri.ana percaya,pastinya ramai yang akan mengatakan bahawa di tempat kita telah wujud beribu2 tempat pengajian,baik diperingkat rendah sehinggalah peringkat university.dengan adanya tempat2 pengajian sebegini,maka sudah pastilah aspek pembelajaran ataupun ta’lim itu telah terlaksana.kita sendiri melihat bahawa di kalangan masyarakat Malaysia hari ini sudah ramai golongan2 intelek dan terpelajar.bukankah semua lapisan masyarakat di Negara kita sudah lama mengecapi nikmat pembelajaran ini?

Benar,ana bukanlah orang yang layak untuk mengatakan masyarakat kita adalah masyarakat yang bodoh dan tidak berilmu,kerana institusi2 pendidikan yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan telah cukup membuktikan semua itu.persoalannya adalah,di mana sebenarnya aspek tarbiyyah atau didikan,apabila masyarakat semakin berilmu?realitinya,aspek pendidikan yang sebenar hanya dipandang sebelah mata sahaja,dan disamakan pula dengan aspek pembelajaran.sekali lagi ingin ana tegaskan bahawa aspek pembelajaran dan aspek pendidikan adalah dua elemen yang berbeza.hari ini kita akui bahawa masyarakat kita adalah golongan yang terpelajar dan berilmu,tetapi berapa ramaikah di kalangan mereka yang terdidik?

Didikan atau tarbiyyah sebenarnya merupakan sunnah besar yang telah dibawa oleh junjungan kita s.a.w sejak 1400 tahun yang lalu.ia merupakan elemen penting kearah pembinaan generasi ummah yang cemerlang,kerana masyarakat tidak akan menjadi cemerlang hanya dengan berilmu sahaja,kerana hanya dengan ilmu tetapi tiada tarbiyyah,maka ilmunya hanya bertindak sebagai alas dan pelapik sahaja.kita sedar dan maklum,bahawa ilmu itu andainya tidak diaplikasikan maka ia ibarat sesuatu yang tidak ada manfaatnya.

Sebagaimana sabda Nabi ; “ Ilmu tanpa amalan ibarat pokok tanpa buah..”.begitulah reality yang dapat kita saksikan.ana suka untuk menarik perhatian kita,merenung keadaan dan reality sebenar masyarakat hari ini.andainya benar ilmu dapat menjamin cemerlangnya hidup seseorang,mengapa lahirnya hari ini gejala rasuah,dedah aurat,salahguna kuasa,skandal,penyelewengan dan sebagainya?yang mana gejala2 ini sebahagian besar pelakonnya adalah di kalangan mereka2 yang berilmu ataupun disebut2 sebagai golongan yang intelek dan professional.

Persoalannya,mengapa terjadi demikian andainya mereka benar2 terdidik dengan ilmu mereka?mustahi mereka tidak tahu tentang dosa dan pahala.ataupun ana nak sebut dengan bahasa mudahnya,mustahil mereka tidak tahu bahawa rasuah itu salah.salahguna kuasa itu salah.bukan setakat salah,malah berdosa besar.semua akui,dan ana percaya kita akui bahawa mereka itu tahu.dan inilah yang ana ingin sebutkan sebagai bukti manusia yang berilmu tetapi tidak terdidik.

Silapnya hari ini,apabila golongan umara’ ataupun pemimpin Negara dengan beriya2 sekali ingin melaksanakan dan memperkasakan pembinaan modal insan,melalui pelbagai program2 dan pelan2 yang telah dirangka dan cuba dilaksanakan,tetapi mereka mengenepikan soal didikan agama..ana suka untuk memetik ucapan YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar Kelantan,sewaktu majlis pelancaran ECER , Wilayah Ekonomi Pantai Timur , apabila disebut2 Kelantan ingin dijadikan sebagai pengkalan penting pembangunan modal insan, dengan jelasnya beliau mengingatkan bahawa ;

mustahil insan itu dapat dibangunkan tanpa agama.kerana agama mengajar kita tentang adanya dua aspek dalam diri manusia yang tidak dapat diabaikan,iaitu aspek jasad dan roh.memberi kefahaman kepada roh,adalah melalui didikan agama tentang adanya syurga dan adanya neraka,adanya iblis dan adanya malaikat,adanya dosa dan adanya pahala,kesemua ini perlu diterapkan dalam diri seseorang manusia itu melalui kefahaman kepada roh,yang disebut sebagai didikan atau Tarbiyyah Ruhaniyyah.tanpa agama,manusia hanya akan takutkan kepada hukuman,takutkan kepada penjara,takutkan kepada tali gantung dan tidak lagi takut kepada Allah.maka di hari Akhirat nanti mereka akan terpinga2 dan saling menyalahkan antara pemimpin dan pengikut.

Suka untuk ana highligtkan kata2 beliau,dan simpulkan bahawa tarbiyyah atau didikan itu adalah elemen yang berkait rapat dengan agama.andainya ajaran sebenar yang dibawa oleh agama Islam ini diabaikan dan tidak dipraktikkan,secara automatic bermakna aspek pendidikan telah juga diabaikan.natijahnya,kita akan melihat sebagaimana contoh2 yang telah ana sebutkan tadi,mengenai lahirnya masyarakat yang berilmu,masyarakat yang pandai,tetapi tidak terdidik.jiwa mereka tandus dan kering dari vitamin yang merupakan asas kepada kekuatan untuk mengamalkan ilmu,iaitulah agama.

Kerana itu,Nabi s.a.w bukan sahaja disebut sebagai mu’allim ( guru ) tetapi juga digelar sebagai murabbi ( pendidik ).dengan makna guru yang murabbi,kalau kita merujuk kepada kitab2 Tasawwuf,disebut sebagai guru yang mengajar,memberi faham dan mendidik jiwa muridnya untuk mengamalkan ilmu yang diajar.bukan sahaja memberi faham kepada otak,tetapi juga memberi faham kepada hati dan jiwa.hati murid yang diasuh dan dididik dengan agama akan menghasilkan kekuatan untuk mengamalkan ilmu yang dipelajari.

Hari ini,cuba kita lihat,berapa ramai guru yang boleh digelar sebagai murabbi?terlalu sedikit..kerana itu sekali lagi ana ingin membuka mata kita,melihat kepada sebahagian besar kes2 zina dan maksiat,adalah berlaku di kalangan mereka yang bergelar mu’allim ( pengajar ).kes2 guru rogol murid,murid berzina dengan guru tuisyen,guru mengajak murid melakukan seks bebas dan sebagainya,cukup sebagai bukti mereka hanyalah layak dipanggil sebagai pengajar tetapi terlalu jauh untuk bergelar pendidik.justeru,bagaimana mereka2 yang berada di level yang sebegini rendah,ingin melahirkan generasi yang disebut sebagai modal insan?

Sebenarnya,inilah yang ana ingin kita sama2 sedar,betapa pentingnya aspek pendidikan dan tarbiyyah ini kepada jiwa masyarakat.seharusnya ia bermula dari rumah melalui tarbiyyah dan didikan dari ibu bapa sendiri.ibu bapa bukan sahaja perlu memberi faham kepada anak2,yang mereka wajib solat.tetapi mereka perlu memberi kefahaman yang jelas kepada anak2 ; mengapa mereka perlu solat?apabila jiwa mereka terdidik dengan kefahaman yang jitu,maka perlakuan dan amalan mereka tidak hanya bersifat ikutan semata2.seterusnya peranan tersebut akan disambung dan dibantu pula oleh guru mereka di sekolah.guru tidak hanya mengajarkan mereka tentang bahaya dadah,tentang bahaya seks bebas,tetapi jauh daripada itu guru perlu memberi kefahaman kepada jiwa pelajar ; mengapa Allah mengharamkan dadah dan seks bebas?

Inilah antara persoalan yang andainya dipecahkan dan diambil ihtimam ( ambil berat ) yang sewajarnya,Insya Allah bakal melahirkan generasi yang boleh digelar sebagai modal insan.Apabila sampai ke tahap ini,barulah mereka boleh berbakti kepada Negara dan Negara boleh berbangga dengan mereka…kesemuanya bermula dengan didikan yang benar dan kefahaman agama yang jelas dalam diri mereka,yang akhirnya akan melahirkan manusia yang bukan sekadar jasadnya hidup..tetapi Rohnya juga tidak mati!

Wallahua'lam

0 comments:

Archive Blog