Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

30 November 2007

Al-Quran bukan sekadar dibaca dan dihafaz

Oleh : hafizquran

Bismillahirrahmanirrahim.

Lantaran tugas dan tanggungjawab manusia sebagai khalifah,maka seorang penghafaz al-Quran itu tidak seharusnya menjadi manusia yang sekadar bermain-main dengan bacaan al-Quran pada lidah2 mereka sahaja,bahkan lebih daripada itu mereka seharusnya turun ke medan dakwah dan perjuangan,kerana dunia hari ini yang semakin tenat memerlukan barisan para hafiz al-Quran yang berjuang di barisan paling hadapan.Sebagaimana kita melihat sirah pada zaman sahabat , mereka yang menghafaz al-Quran adalah mereka yangdiletakkan di barisan paling hadapan di medan peperangan,dan ketika itu juga kita melihat ramai para sahabat yang gugur sebagai syuhada' adalah terdiri dari kalangan para penghafaz al-Quran .


Alhamdulillah,atas kesedaran yang diberikan oleh abang2 terdahulu ( sebagai asbab ) maka saya turut terjun ke medan perjuangan dan dakwah yang serba mencabar ini. Biarpun taklifat demi taklifat yang diberikan agar sukar diterima namun saya merasakan ia tidak patut dijadikan alasan untuk menolak perjuangan,kerana yakin yang memilih itu adalah Allah ta’ala..apatah lagi bila melihat kepada keadaan dunia akhir zaman yang semakin ranap hari demi hari,maka saya semakin sedar bahawa saya mempunyai tanggungjawab yang teramat berat.

Dalam melihat keadaan dunia hari ini , manusia sebenarnya terbahagi kepada 2 golongan ;

Pertama : golongan yang sekadar melihat,mengkritik dan bersembang di warung2 kopi.

Kedua : golongan kedua adalah yang mengambil serius dengan turun ke gelanggang untuk sama2 mencegah dan menghapus kemungkaran dan maksiat yang berlaku.

Nah, hakikatnya kita berada di golongan yang mana ? ramai sekali yang beralasan , mereka tak mampu berbuat apa2..adakah mereka begitu lemah sehinggakan tidak langsung mampu menyumbang kepada perjuangan walaupun hanya dengan sepatah idea atau sedikit kudrat yang mereka ada?semua itu hanyalah alasan untuk mengelak dari berjuang , hakikatnya ramai manusia tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya bertanggungjawab untuk memakmurkan bumi ini,lantaran tugas mereka selaku khalifah Allah ta’ala.

0 comments:

Archive Blog