Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

30 November 2007

Gelaran Al-Hafiz dan Al-Muqri

Oleh : hafizquran

Bismillahrirahmanirrahim

Sebenarnya gelaran al-Hafiz kepada golongan yang menghafaz al-Quran hanyalah dari segi pengertian bahasa arab sahaja,yang membawa maksud mereka yang menghafaz dan menjaga kalam Allah yang mulia iaitu kitab al-Quran .Sedangkan dari segi istilahnya , golongan yang menghafaz 30 juzu’ al-Quran sebenarnya digelar al- Muqri . Gelaran al-Hafiz pula pada istilahnya adalah gelaran bagi golongan yang telah menghafaz sebanyak 40 000 hadith atau lebih ( contohnya al-hafiz Ibn Hajar ).

Bagaimanapun , kelebihan dan keutamaan mereka yang menghafaz al-Quran tidak dapat dinafikan lagi , lantaran banyaknya hadith2 yang menyebut mengenai kelebihan yang dikurniakan kepada penghafaz al-Quran.Mana tidaknya , mereka memperincikan setiap patah dan huruf dari al-Quran di dalam dada mereka.Disebut di dalam sebuah hadith Nabi s.a.w yang masyhur iaitu

“ sebaik-baik kamu adalah mereka yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya"

Malahan kelebihan yang dijanjikan kepada golongan yang menghafaz al-Quran tidak hanya kepada diri penghafaz al-Quran tersebut sahaja ,bahkan disebutkan juga bahawa dia bakal memberikan syafaat ( pertolongan ) kepada 10 orang dari ahli keluarganya.Begitu banyak kelebihan yang digambarkan oleh Nabi s.a.w terhadap golongan ini , sehinggakan disebut di dalam sebuah hadith , boleh rujuk di dalam kitab 'attibyan fi adaabi hamlatil quran ' karangan Imam Nawawi r.h ;

“ Barangsiapa yang menghafaz al-Quran kemudian dia beramal dengannya ( isi kandungan al-Quran ) maka Allah ta’ala akan memakaikan kepada kedua ibu bapanya sebuah mahkota pada hari Qiamat,yang mana cahaya dari mahkota tersebut lebih terang daripada pancaran cahaya matahari di dunia ".

Cuba kita bayangkan,kalaulah kedua ibu bapanya yang bukan merupakan penghafaz al-Quran dianugerahkan mahkota sedemikian rupa,maka apatah lagi dengan orang yang menghafaz al-Quran itu sendiri? Syaratnya , penghafaz al-Quran itu hendaklah ikhlas semata-mata kerana Allah ta'ala , bukannya mengharapkan gelaran atau ganjaran dunia yang melalaikan ini.

0 comments:

Archive Blog